Pihak berkuasa Jerman telah menangkap dua beradik yang dipercayai merancang serangan di sebuah pusat beli-belah di bandar Oberhausen, ujar polis pada Jumaat (23 Disember).

Media tempatan melaporkan, kedua-dua lelaki berkenaan berusia 28 dan 31 tahun dari Kosovo.

"Pada Jumaat pagi (23 Disember, kira-kira jam 12.45 tengah malam waktu tempatan) pasukan unit tindakan khas di Duisburg telah menahan dua suspek lelaki.

"Adik-beradik berusia 28 dan 31 tahun berasal dari Kosovo itu disyaki merancang serangan di CemtrO di Ober hausen," ujar polis Essen.

Tambah pihak polis, mereka sedang mendapatkan maklumat tentang sejauh mana persiapan serangan tersebut dan mengenal pasti jika ada pihak-pihak lain yang terlibat.

Kejadian serangan di pusat beli-belah itu amat mengejutkan memandangkan penduduk BErlin masih lagi dihantui insiden rempuhan trak di sebuah pasar Krismas.

Pada Isnin lalu, seramai 12 orang terbunuh apabila sebuah trak merempuh sebuah pasar Krismas di tengah bandar raya Berlin.

Puluhan lagi dilaporkan cedera termasuk ada yang turut dilaporkan kritikal.

VIDEO: Trak rempuh pasar Krismas di Berlin