awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sah tahan suspek cetus kebakaran hutan terburuk di Korea Selatan

Bernama
Bernama
30/03/2025
04:15 MYT
Polis sah tahan suspek cetus kebakaran hutan terburuk di Korea Selatan
Kira-kira 48,000 hektar kawasan hutan - bersamaan 80 peratus saiz bandar Seoul - musnah dalam bencana kebakaran hutan paling dahsyat dalam sejarah Korea Selatan. - Gambar/ Reuters
SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan pada Ahad mengesahkan bahawa mereka menahan seorang lelaki yang disyaki mencetuskan kebakaran hutan hingga memusnahkan kawasan tenggara negara itu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Lelaki berusia 56 tahun itu didakwa menyebabkan kebakaran pada 22 Mac sekitar 11:25 pagi ketika menjalankan upacara penghormatan nenek moyang di sebuah makam keluarga di atas bukit di Daerah Uiseong, Wilayah Gyeongsang Utara.
Api kemudian merebak dengan pantas ke kawasan berhampiran seperti Andong, Cheongsong, Yeongyang dan Yeongdeok selama beberapa hari, didorong oleh angin kencang dan cuaca kering, mengorbankan sekurang-kurangnya 26 nyawa di wilayah itu.
Kebakaran turut memusnahkan kira-kira 4,000 struktur, termasuk Kuil Goun, iaitu sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO serta rumah kediaman, kilang dan kemudahan lain.
Bagaimanapun, suspek menafikan tuduhan yang dikenakan terhadapnya, menurut pihak polis.
Perkhidmatan Perhutanan Korea sebelum ini mengumumkan bahawa kebakaran di Wilayah Gyeongsang Utara berjaya dikawal sepenuhnya pada 5 petang Jumaat, sebelum ia kembali marak pada malam Sabtu.
Menurut agensi perhutanan, kira-kira 48,000 hektar kawasan hutan - bersamaan 80 peratus saiz bandar Seoul - musnah dalam bencana kebakaran hutan paling dahsyat dalam sejarah Korea Selatan.
Pihak polis merancang untuk menjalankan siasatan bersama seawal minggu depan dengan kerjasama Institut Sains Hutan Kebangsaan, Perkhidmatan Forensik Kebangsaan, serta pihak bomba.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Korea Selatan
#suspek
#punca kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan