awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lebih 20 orang disyaki terlibat pembunuhan beramai-ramai di Uganda

Bernama
Bernama
20/06/2023
16:13 MYT
Polis tahan lebih 20 orang disyaki terlibat pembunuhan beramai-ramai di Uganda
Polis Uganda menyalahkan pemberontak militia Congo ADF, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan cawangan militia pengganas Daesh, atas pertumpahan darah itu. - Gambar Reuters
KAMPALA: Polis Uganda pada Selasa menahan 20 orang, termasuk guru besar sekolah berhubung insiden pembunuhan beramai-ramai yang meragut 42 nyawa kebanyakannya kanak-kanak, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Supsek yang ditahan disyaki bekerjasama dengan pelampau, kata polis.
Polis Uganda menyalahkan pemberontak militia Congo Allied Democratic Forces (ADF), yang dikatakan mempunyai kaitan dengan cawangan militia pengganas Daesh, atas pertumpahan darah itu.
Pada Jumaat, kumpulan pelampau itu disyaki menyerang dan membakar sebuah sekolah dan bangunan asrama di bandar Mpdonwe berhampiran sempadan Republik Demokratik Congo (DRC).
Hampir kesemua yang maut membabitkan kanak-kanak dan beberapa daripada mangsa dibunuh dengan parang.
Lapan murid lain melecur serius dan luka terkena tembakan.
Selain itu, penyerang menculik 15 kanak-kanak perempuan dan lelaki. Nasib mereka masih belum diketahui.
Penyerang dikatakan telah melarikan diri ke Taman Negara Virunga, taman negara tertua di Afrika, lokasi beberapa kumpulan pemberontak beroperasi selama bertahun-tahun.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres mengecam serangan itu dan menuntut pembebasan segera kanak-kanak yang diculik.
Mereka yang bertanggungjawab atas perbuatan kejam itu mesti dibawa ke muka pengadilan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#serangan
#Taman Negara
#pemberontak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan