BANGKOK: Polis Thailand memohon maaf berhubung insiden petugas media terkena tembakan peluru getah ketika membuat liputan protes antikerajaan dekat Sanam Luang di sini pada Sabtu malam.
Timbalan Ketua Polis Metropolitan Pol MejarJen. Piya Tawichai berkata polis telah memberi amaran kepada wakil media agar meninggalkan kawasan itu sebelum melepaskan tembakan peluru getah.
"Polis Diraja Thailand ingin memohon maaf atas kejadian itu yang menyebabkan seorang wartawan dimasukkan ke hospital," katanya dipetik oleh akhbar tempatan The Nation.
Sementara itu, jurucakap Polis Diraja Thailand Pol Jen. Krisana Pattanacharoen menggesa wakil media yang membuat liputan protes agar mematuhi perintah dan arahan polis termasuk memakai peralatan perlindungan.
Sabtu lepas, protes antikerajaan di Thailand bertukar ganas apabila polis melepaskan tembakan peluru getah, gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan orang ramai yang berhimpun berhampiran Sanam Luang, dekat Istana Besar di Bangkok.
BACA: Tunjuk perasaan di Bangkok bertukar ganas
BACA: Tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok lebih 30 cedera
Sekurang-kurangnya 32 orang cedera apabila kumpulan penunjuk perasaan terbabit bertembung dengan polis selain 20 orang ditahan kerana melanggar peraturan perhimpunan awam di bawah dekri darurat.
Media tempatan melaporkan bahawa beberapa wakil media dan jurugambar cedera termasuk seorang wartawan terpaksa dimasukkan ke hospital selepas terkena tembakan peluru getah di kepala.
Sementara itu, Jawatankuasa Profesional Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) berkata ia 'sangat bimbang' dengan kecederaan disebabkan peluru getah yang dialami oleh beberapa warga media yang membuat liputan tunjuk perasaan tersebut.
FCCT menerusi kenyataannya mendesak pihak berkuasa Thailand mengkaji semula prosedur bagi mengawal orang ramai susulan kecederaan yang dilihat pada malam Sabtu serta memastikan tiada kekerasan dilakukan terhadap wakil media yang bertugas.
"Kami menyokong penuh perkara yang dibangkitkan dalam kenyataan bersama oleh enam persatuan media Thailand serta menggesa pihak berkuasa Thailand mengiktiraf bahawa petugas media yang membuat liputan tentang protes itu hanya menjalankan tugas mereka, justeru tidak harus dijadikan sasaran," katanya.
Memetik garis panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai penggunaan pendekatan tidak berbahaya, FCCT berkata penggunaan senjata kurang berbahaya untuk menyuraikan perhimpunan merupakan taktik semberono dan seharusnya ditimbang sebagai jalan terakhir.
Katanya garis panduan itu menyatakan peluru getah hanya boleh disasarkan ke bahagian bawah badan individu yang dikenal pasti menimbulkan risiko tertentu dan tidak boleh sama sekali ditujukan ke bahagian kepala.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 22 2021
Tunjuk perasaan antikerajaan bertukar ganas apabila polis melepaskan tembakan meriam air, gas pemedih mata dan peluru getah bagi menyuraikan orang ramai yang berhimpun berhampiran Istana Besar di Bangkok pada Sabtu malam. - Gambar fail BERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.