Polis Thailand mencapai kejayaan besar menumpaskan sindiket dadah di negara itu apabila merampas konsainan besar dadah bernilai 1.4 bilion Baht (RM188 juta) dan menahan beberapa orang.
Ketua Polisnya, Jen Chakthip Chaijinda berkata, enam lelaki dan seorang wanita, dipercayai anggota sindiket, ditahan dalam operasi berasingan di Bangkok dan Lampang di utara Thailand.
"Harga dadah boleh mencapai tiga kali ganda apabila memasuki pasaran asing. Kira-kira 70 hingga 80 peratus daripada dadah yang dirampas di Thailand disasarkan untuk pasaran asing," kata beliau kepada media, di sini, hari ini.
Menurut beliau, kejayaan polis Thailand bermula Khamis lalu apabila menahan tiga lelaki di kawasan Bangna di Bangkok dan merampas 279,760 pil "Yaba", 16.55 kg "Ice" dan 3.2 kg ketamin.
Sehari selepas insiden itu, polis membuat rampasan terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan apabila merampas 5.88 juta pil "Yaba" di wilayah Lampang, di utara Thailand dan memberkas seorang lelaki.
Chakthip berkata polis menemui lagi 20 kg "Ice" selepas memeriksa kenderaan lelaki tersebut sambil menambah lelaki itu telah mengembara secara berkonvoi menggunakan empat kenderaan.
Tiga kenderaan lain dalam konvoi itu melarikan diri, kata beliau.
Operasi ketiga dilancarkan sehari selepas kejayaan di Lampang, apabila dalam operasi bersama oleh pelbagai agensi, dua lelaki dan seorang wanita ditahan di Klong San Wah, Bangkok dan 80 kg "Ice" dirampas, kata beliau.
Dalam operasi sama, pihak berkuasa turut merampas 7.2 kg heroin, menurut Chakthip sambil menambah bahawa siasatan menunjukkan dadah itu untuk dihantar ke selatan Thailand.
"Pembeli (adah) sedang menunggu,' katanya, sambil menambah kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan datang dari Uttaradit di utara Thailand.
Polis percaya sejumlah besar dadah yang dirampas dalam operasi tersebut ialah dari kilang-kilang memproses dadah yang terletak jauh di Wilayah Shan dan Wilayah Wa di Myanmar dan diseludup ke Thailand oleh suku kaum Hmong. -- Bernama
Bernama
Mon Feb 20 2017
Sebahagian dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM188 juta (1.4 billion Baht) dirampas Polis Thailand dalam beberapa operasi di Bangkok dan Lampang di utara Thailand pada minggu lepas. - Foto Bernama
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.