awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tender perolehan Tentera Darat: SPRM kesan wang tunai RM2.4 juta cuba dilarikan
Abai Zayn Rayyan: Ismanira fail petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen
Kebakaran musnah 20 bot laju di Jeti Chalong, Phuket
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Thailand tahan 7 lelaki terbabit pemerdagangan orang

Bernama
Bernama
06/05/2022
10:51 MYT
Polis Thailand tahan 7 lelaki terbabit pemerdagangan orang
Polis Thailand menahan tujuh lelaki atas kesalahan memperdagangkan warga tempatan untuk aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia. - Gambar hiasan
BANGKOK: Polis Thailand menahan tujuh lelaki atas kesalahan memperdagangkan warga tempatan untuk aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.
Timbalan Komander Bahagian Anti Pemerdagangan Orang, Biro Siasatan Pusat, Polis Diraja Thailand Kolonel Narong Tesswiboon berkata mereka ditahan pada Khamis selepas siasatan terhadap kes membabitkan 44 pekerja Thailand di atas kapal nelayan yang dihantar pulang dari Malaysia pada September tahun lepas, tiga didapati menjadi mangsa pemerdagangan manusia.
Lelaki yang ditahan itu termasuk pemilik bot dan tekong serta lima orang tengah yang terlibat mengumpan warga Thailand untuk bekerja di atas kapal nelayan.
Siasatan mendapati mereka dipaksa bekerja lebih masa dengan upah yang tidak setimpal.
Mereka juga didera secara fizikal dan mental.
"Pekerja tidak dibayar, namun mereka diberi elaun sara hidup bulanan sebanyak RM100 untuk membeli barangan keperluan harian.
"Siasatan awal mendapati mereka diperdaya untuk bekerja (di atas kapal nelayan) di perairan Malaysia.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis Thailand akan bekerjasama dengan rakan sejawatan di Malaysia," katanya pada sidang media.
Menurut satu paparan video, seorang lelaki Thailand menceritakan bagaimana dia ditipu.
"Saya mahu pulang kerana tiada apa-apa untuk dimakan... Saya bekerja di bot nelayan selama lebih dua tahun. Saya tidak dibayar seperti yang dijanjikan. Saya bekerja seperti hamba," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis thailand
#pemerdagangan orang
#menangkap ikan secara haram
#perairan Malaysia
#warga tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan