SONGKHLA: Polis Thailand menahan dua warga tempatan yang menyeludup sebuah kenderaan pikap dengan nombor plat pendaftaran Malaysia di Sadao, Songkhla.
Dalam kejadian pada Ahad, bertindak atas maklumat orang awam, polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 22 dan 23 tahun itu yang membawa masuk sebuah pikap di lorong tikus di Sadao.
Ketua Polis Sadao Kol. Pol. Bantheng Laochareng berkata siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu merupakan orang tengah yang diupah untuk menyeludup masuk kenderaan itu ke Thailand.
"Setakat ini pemilik kenderaan itu belum tampil membuat laporan akan kehilangan kenderaan itu.
"Polis Thailand sedang berhubung dengan polis Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kenderaan itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
--BERNAMA
Bernama
Tue Nov 15 2022

Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu merupakan orang tengah yang diupah untuk menyeludup masuk kenderaan itu ke Thailand. - Gambar hiasan

Ringkas SPUTNIK: Langkah balas tindakan EU berkuat kuasa di Rusia
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Protes di Peru | Kedutaan: Semua rakyat Malaysia selamat
Kedutaan Malaysia di Peru maklumkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam protes yang berlaku di beberapa bahagian negara Amerika Selatan itu termasuk di ibu kota Lima. Kedutaan memaklumkan pihaknya mempunyai pelan kontingensi berdasarkan situasi semasa dan memantau dari pelbagai perspektif sekiranya pengaktifan pelan itu diperlukan.

Ligue 1: Messi jaringkan gol, Mbappe cedera, PSG terus kukuh di tangga teratas
Fabian Ruiz, Lionel Messi dan Warren Zaire Emery menemui sasaran untuk memastikan PSG kekal ampuh di tangga teratas dengan 51 mata.

Jiwa SME | Platform digital pacu kejayaan perusahaan penjagaan rambut
Perubahan dunia perniagaan kepada norma baharu menjadi titik permulaan kepada setiap usahawan untuk mengubah strategi perniagaan demi kelangsungan syarikat. Seorang usahawan wanita turut tidak ketinggalan dalam merevolusi perusahaan penjagaan rambut ke arah pendigitalan. Ria Armiati Ramlan, pengasas Ria Group menggunakan konsep kit penjagaan rambut profesional yang dijual melalui platform digital dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Kewangan Peribadi | Ramai muflis, apa dah jadi?
Ramai muflis disebabkan pinjaman termasuk kad kredit. Adakah masyarakat Malaysia hidup dengan hutang melampau? Atau adakah ada penyelesaian sesuai untuk isu ini? Diskusi penuh bersama Dekan Fakulti Ekologi Manusia dan Pakar Kewangan Pengguna, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri.

Berhimpun tanpa permit: 10 individu dirakam keterangan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya merakam keterangan kesemua individu itu baru-baru ini.

Brek mengejut punca treler terbalik, pemandu maut di Lebuhraya Utara-Selatan
Pemandu treler dikenal pasti sebagai Mohd Nor Afzam, 36 tahun, yang beralamat di Bukit Minyak, Bukit Mertajam.

Isu Miskin Bandar | Polisi dan program kerajaan perlu berkesan
Kerajaan perlu merangka polisi dan program yang berkesan dalam membantu golongan miskin bandar menambahkan pendapatan mereka ketika dunia berdepan ekonomi mencabar tahun ini. Menurut Penyelidik Kemiskinan, Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, Prof Madya Dr. Zumilah Zainalaludin, setiap program yang dilakukan selama ini, perlu dinilai semula keberkesanannya dalam membantu golongan rentan itu.

Statistik | Malaysia cermin pertumbuhan tahunan positif yang konsisten
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerbitkan sorotan statistik ekonomi Malaysia siri pertama bagi tahun 2023. Penerbitan itu memaparkan senario ekonomi terkini berdasarkan statistik makroekonomi rasmi yang dikeluarkan oleh DOSM bagi bulan November 2022 dan beberapa statistik akan datang bagi bulan Disember 2022.

Ekonomi | Cabaran ekonomi global, apa kemampuan Malaysia?
Mampukah Malaysia hadapi cabaran ekonomi global serta tambah baik pasaran buruh? Diskusi penuh bersama Ketua Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli.

Polis Thailand tahan dua lelaki tempatan seludup pikap dari Malaysia
Polis Thailand menahan dua warga tempatan yang menyeludup sebuah kenderaan pikap dengan nombor plat pendaftaran Malaysia di Sadao, Songkhla.