POLO Ralph Lauren melancarkan pakaian yang akan digunakan pasukan Olimpik Musim Sejuk Amerika Syarikat (AS) yang akan berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan bermula 9 Februari depan.

Bagi majlis perasmian pasukan AS akan menggunakan pakaian berasaskan warna merah, putih dan biru manakala pakaian berasaskan warna putih akan digunakan pada majlis penutup.

Kedua-dua pakaian itu dilengkapi dengan teknologi yang mampu mengekalkan suhu badan atlet sepanjang tempoh temasya itu.

Menurut Ketua Pegawai Inovasi syarikat itu, David Lauren selain pakaian aksesori lain yang diperkenalkan termasuk topi ski berwarna biru laut dan bandana bertemakan AS.

Lauren menjelaskan pakaian yang tersebut turut mendapat perhatian peminat selepas ia laris dijual apabila diperkenalkan kepada umum.

Jenama tersebut merupakan penaja rasmi pakaian bagi jawatankuasa Olimpik Amerika dan Pasukan AS sejak 2008.