Skip to main content

Politik

BN terbuka kerjasama dengan parti lain jika bawa manfaat - Ab Rauf

Ab Rauf (tengah) berkata sebarang bentuk kerjasama akan dinilai berdasarkan kebaikan yang boleh diberikan kepada negeri berbanding mudarat yang mungkin timbul. -Foto Astro AWANI
Ab Rauf (tengah) berkata sebarang bentuk kerjasama akan dinilai berdasarkan kebaikan yang boleh diberikan kepada negeri berbanding mudarat yang mungkin timbul. -Foto Astro AWANI
Advertisement

MELAKA: Barisan Nasional (BN) terbuka untuk mempertimbangkan kerjasama dengan parti lain sekiranya langkah itu mampu membawa manfaat lebih besar kepada rakyat dan negeri Melaka.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sebarang bentuk kerjasama akan dinilai berdasarkan kebaikan yang boleh diberikan kepada negeri berbanding mudarat yang mungkin timbul.

Ab Rauf berkata keutamaan kerajaan negeri ialah memastikan setiap keputusan yang dibuat memberi manfaat kepada rakyat.

Advertisement

“Kalau kita mempunyai satu manfaat yang lebih baik daripada mudarat, kita boleh pertimbang dan kita boleh terima. Tak ada masalah,” katanya pada sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi penggal kedua.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada wakil Perikatan Nasional (PN), Ab Rauf berkata perkara tersebut bergantung kepada pertimbangannya.

Advertisement

Menurutnya, setiap kemenangan yang diperoleh akan menghasilkan sesuatu yang positif kepada gabungan berkenaan.

“Itu bergantung kepada pertimbangan saya. Pastinya setiap kemenangan itu akan membuahkan hasil.

“Jadi hasilnya akan dituai bila buah pokoknya berbuah. Insya-Allah,” ujarnya.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata beliau mahu BN Melaka melantik wakil PN sebagai anggota exco sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, gabungan BN-PN memperoleh majoriti lebih dua pertiga selepas memenangi 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

BN memenangi 21 kerusi manakala PN memperoleh tiga kerusi.

Must Watch Video

Advertisement