awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Populariti Trump jatuh 43 peratus - Tinjauan

Astro Awani
Astro Awani
03/04/2025
00:20 MYT
Populariti Trump jatuh 43 peratus - Tinjauan
Kadar kelulusan terhadap prestasi Trump sebagai presiden turun dua mata peratusan berbanding tinjauan pada 21 hingga 23 Mac lalu. - Foto fail/REUTERS
Populariti Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, jatuh kepada 43 peratus, iaitu yang terendah sejak beliau kembali memegang jawatan.
Ini susulan rasa tidak puas hati rakyat terhadap langkah tarif serta cara pentadbirannya mengendalikan maklumat mengenai serangan tentera di Yaman.
Menurut tinjauan Reuters/Ipsos, yang dijalankan selama tiga hari yang tamat pada Rabu, kadar kelulusan terhadap prestasi Trump sebagai presiden turun dua mata peratusan berbanding tinjauan pada 21 hingga 23 Mac lalu.
Ia empat mata lebih rendah daripada 47 peratus ketika beliau baru memegang jawatan pada 20 Januari.
Trump mencatatkan kadar kelulusan tertinggi bagi penggal pertama, iaitu 49 peratus, sejurus selepas memegang jawatan pada Januari 2017.
Namun, kadar terendah yang pernah dicatatkan adalah 33 peratus pada Disember 2017.
Secara keseluruhan, kadar kelulusan Trump masih lebih tinggi berbanding kebanyakan tempoh penggal pertamanya.
Tinjauan mendapati rakyat memberikan penilaian negatif terhadap pengurusan ekonomi oleh Trump, dengan hanya 37 peratus menyokong dan 30 peratus bersetuju dengan usaha beliau menangani kos sara hidup yang tinggi.
Sekitar 52 peratus responden bersetuju bahawa kenaikan tarif terhadap kenderaan dan alat ganti kereta, yang diumumkan Trump pada Rabu, akan memberi kesan negatif kepada mereka.
Pada masa sama, sekitar satu pertiga rakyat, kebanyakannya dari Parti Republikan, tidak bersetuju bahawa kenaikan tarif akan membawa mudarat.
Kebimbangan mengenai kebocoran maklumat turut wujud selepas pendedahan bahawa pemimpin tertinggi kerajaan berbincang mengenai rancangan serangan terhadap kumpulan di Yaman.
Hanya 34 peratus responden meluluskan cara Trump menguruskan dasar luar, turun daripada 37 peratus dalam tinjauan 21 hingga 23 Mac.
Bagaimanapun, 48 peratus responden meluluskan cara Trump mengendalikan isu imigresen.
Tinjauan Reuters/Ipsos yang dijalankan secara dalam talian di seluruh negara itu melibatkan 1,486 orang dewasa di AS dan mempunyai margin ralat kira-kira tiga mata peratusan.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#populariti
#tinjauan
#tarif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan