awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Populasi China catat penurunan untuk tahun kedua berturut-turut

Bernama
Bernama
17/01/2024
20:30 MYT
Populasi China catat penurunan untuk tahun kedua berturut-turut
Jumlah penduduk China pada 2023 menurun untuk tahun kedua berturut-turut, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Rabu. - Gambar hiasan/AP
ISTANBUL: Jumlah penduduk China pada 2023 menurun untuk tahun kedua berturut-turut, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Rabu.
Bilangan penduduk negara itu mula menyusut pada 2022 buat kali pertama dalam tempoh enam dekad dan hilang gelaran sebagai negara paling ramai penduduk di dunia selepas tewas kepada India.
Data Biro Perangkaan Kebangsaan China menunjukkan kadar kelahiran mencecah paras terendah baharu manakala kadar kematian mencapai kemuncak yang belum pernah berlaku dalam lebih setengah abad, lapor Agensi Anadolu.
"Penduduk keseluruhan di tanah besar China turun sebanyak 2.08 juta tahun lalu kepada 1.4097 bilion, menurun daripada 1.4118 bilion pada 2022," menurut laporan South China Morning Post.
Bilangan bayi baru lahir tahun lepas ialah 9.02 juta menyusut 5.6 peratus berbanding 9.56 juta pada 2022.
"Penurunan jumlah bayi baru lahir tahun lepas menyebabkan kadar kelahiran terendah sejak rekod bermula pada 1949 dengan 6.39 kelahiran bagi setiap 1,000 orang berbanding 6.77 pada 2022," menurut laporan itu.
Data biro berkenaan turut mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun lalu sehingga mencecah 126 trilion yuan (AS$17.6 trilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#populasi
#Penduduk
#China
#catat penurunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan