awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Populasi China susut 3.39 juta pada 2025, catat 1.404 bilion

Bernama
Bernama
19/01/2026
09:55 MYT
Populasi China susut 3.39 juta pada 2025, catat 1.404 bilion
Kadar kelahiran tahun lepas ialah 5.63 bagi setiap seribu penduduk, manakala kadar kematian 8.04 bagi setiap seribu penduduk. - Reuters
BEIJING: Populasi China dianggarkan menyusut sebanyak 3.39 juta orang kepada 1.404 bilion menjelang akhir tahun 2025 berbanding akhir 2024, menurut data Biro Statistik Kebangsaan negara itu yang dikeluarkan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Pecahan jantina menunjukkan populasi lelaki pada 2025 seramai 716.85 juta orang, manakala populasi wanita berjumlah 688.04 juta orang.
Menurut biro berkenaan, kadar kelahiran tahun lepas ialah 5.63 bagi setiap seribu penduduk, manakala kadar kematian 8.04 bagi setiap seribu penduduk.
Dari segi komposisi umur, penduduk berusia 16 hingga 59 tahun berjumlah 851.36 juta orang, merangkumi 60.6 peratus daripada jumlah populasi negara.
Penduduk berusia 60 tahun dan ke atas pula mencecah 323.38 juta atau kira-kira 23 peratus, manakala penduduk berusia 65 tahun dan ke atas pula mencatatkan 223.65 juta atau kira-kira 15.9 peratus.
Menurut biro itu, populasi bandar pada 2025 diunjur mencecah 953.8 juta, meningkat 10.3 juta berbanding tahun sebelumnya dan mewakili 67.8 peratus daripada jumlah penduduk, manakala populasi luar bandar berkurangan sebanyak 13.69 juta.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#China
#populasi
#statistik
#kelahiran
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan