awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Korea Selatan kata 'kekeliruan tidak sepatutnya berlaku' dengan AS kini selesai
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Populasi Ukraine dianggar menurun sebanyak 10 juta sejak 2014 - UNFPA

Bernama
Bernama
23/10/2024
00:30 MYT
Populasi Ukraine dianggar menurun sebanyak 10 juta sejak 2014 - UNFPA
Penduduk Ukraine menaiki tren semasa meninggalkan Pokrovsk susulan serangan Rusia ke atas bandar itu. - Foto REUTERS
GENEVA: Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) pada Selasa berkata populasi Ukraine telah menurun dianggarkan sebanyak 10 juta sejak 2014, dan keadaan semakin memburuk selepas serangan Rusia bermula, lapor Agensi Anadolu.
Florence Bauer, Pengarah Serantau UNFPA untuk Eropah Timur dan Asia Tengah berkata dalam satu taklimat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva bahawa lapan juta daripada penurunan jumlah populasi itu berlaku sejak konflik Moscow-Kiev pada 2022.
"Ini juga mewakili kehilangan besar dalam modal insan - modal insan yang sangat diperlukan untuk pemulihan dan membina masa depan Ukraine," kata Bauer.
Beliau menegaskan bahawa sejak 2022, kadar kelahiran menurun kepada satu anak per wanita - "kadar kesuburan terendah di Eropah dan satu daripada yang terendah di dunia."
Sementara itu, berjuta-juta orang telah dipindahkan secara dalaman di dalam negara itu dan kira-kira 6.7 juta orang melarikan diri ke luar negara sebagai pelarian, katanya.
Beberapa wilayah telah mengalami depopulasi apabila golongan muda meninggalkan kawasan berkenaan, tambahnya, dengan sejumlah besar penduduk terbunuh akibat kesan langsung daripada konflik.
"Bagi merancang dengan berkesan untuk pemulihan Ukraine, bancian populasi amat diperlukan, sebaik sahaja keadaan keselamatan mengizinkan," katanya, sambil menyatakan bahawa bancian terakhir dijalankan pada 2001, menjadikan data demografi yang dikemas kini "sangat kritikal."
--BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Ukraine
#UNFPA
#populasi
#kadar kelahiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan