LONDON: Potret terakhir hasil sentuhan pelukis Gustav Klimt sebelum kematiannya, dijual pada harga GBP85.3 juta (AS$108.4 juta) dalam acara lelongan di London, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Sotheby's berkata jualan lukisan Lady With A Fan (Dame Mit Facher) di New Bond Street itu mencatat rekod baharu bagi Klimt dan telah menjadi karya seni paling bernilai yang terjual dalam lelongan di Eropah.
Jurulelong dan pengerusi Sotheby's Europe, Helena Newman, berkata Dame Mit Facher adalah bukti mutlak kepada kegeniusan artistik Klimt, sebuah karya yang menawan imaginasi setiap yang melihatnya.
"Menjadi satu penghormatan untuk melihat semangat yang tinggi di sini, di London malam ini dan melihat lukisan itu menjadi rebutan," katanya.
Selepas 10 minit bidaan berlangsung antara empat pencinta seni, karya itu menjadi milik seorang pengumpul dari Hong Kong.
Pada tahun 2010, rumah lelong itu turut menjual arca gangsa L'homme Qui Marche I (Walking Man I) hasil karya pelukis Switzerland Alberto Giacometti dengan harga GBP65 juta di London.
Austria Klimt, juga dikenali dengan nama The Kiss (Der Kuss), meninggal dunia secara mengejut pada tahun 1918 pada usia 55 tahun.
Klimt memulakan kerjaya dalam bidang seni lukis di Lady With A Fan pada tahun 1917, pada masa itu beliau antara pelukis potret paling terkenal di Eropah, menerima komisen pada harga yang tinggi berbanding rakan seangkatannya.
Lukisan itu diperoleh oleh industrialis Vienna, Erwin Boohler, yang keluarganya merupakan kawan rapat serta pelanggan Klimt dan rakan pelukis Egon Schiele.
Ia dijual di Sotheby's di New York pada 1994 dengan harga GBP7.8 juta - yang mencatat rekod untuk pelukis berkenaan pada masa itu.
Karya seni Birch Forest mencecah GBP81.6 juta tahun lepas ketika dilelong di Christie's.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023
Potret terakhir hasil sentuhan pelukis Gustav Klimt sebelum kematiannya, dijual pada harga GBP85.3 juta (AS$108.4 juta) dalam acara lelongan di London. - Foto AP
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Potret terakhir pelukis Gustav Klimt catat rekod jualan GBP85.3 juta
Potret terakhir hasil sentuhan pelukis Gustav Klimt sebelum kematiannya, dijual pada harga GBP85.3 juta (AS$108.4 juta) dalam acara lelongan di London, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Lukisan 'Pulau di Tasik Attersee' dilelong pada harga AS$53 juta
Lukisan pelukis terkenal Austria Gustav Klimt berjaya dilelong pada harga AS$53.2 juta pada acara lelongan musim bunga tahunan New York, lapor berita Jerman agensi (dpa).