awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Power bank terbakar di kabin, penerbangan tertangguh 3 jam

Agensi
Agensi
26/02/2018
02:05 MYT
Power bank terbakar di kabin, penerbangan tertangguh 3 jam
Pramugari China Southern Airlines cuba memadamkan api di ruang bagasi kabin yang tercetus dari power bank. Foto Twitter ChinaAvReview
Gara-gara 'power bank' terbakar dalam beg di ruang bagasi kabin, penumpang penerbangan yang dalam perjalanan dari Guangzhou ke Shanghai panik seketika apabila diarah turun dari pesawat.
Menurut jurucakap China Southern Airlines, kejadian pada Ahad itu dikesan apabila ada penumpang ternampak api dan asap dari salah sebuah beg yang disimpan di ruang atas kepala penumpang itu.
Kebakaran berkenaan bagaimanapun berjaya dipadamkan dengan bantuan Unit Kebakaran dan Kecemasan pesawat itu.
"Kebakaran juga tidak menyebabkan kerosakan teruk pada pesawat," menurut kenyataan syarikat penerbangan itu di aplikasi Weibo.
Pemilik beg berkenaan kemudiannya dibawa ke balai polis untuk membantu proses siasatan.
Siasatan awal mendapati, peranti elektronik berkenaan hanya diletakkan di dalam beg dan tidak digunakan.
Selepas penerbangan tertangguh selama tiga jam, penumpang kemudiannya meneruskan perjalanan ke Shanghai menggunakan pesawat lain.
Topic Berkaitan
#bagasi kabin
#China Southern Airlines
#penumpang
#powerbank
#terbakar
#turun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan