DUNIA
Prabowo berlepas ke Beijing penuhi jemputan Xi Jinping

Jemputan rasmi daripada Presiden Xi telah dijadualkan sejak 31 Ogos lalu, namun perjalanan Presiden Prabowo ditangguhkan sementara waktu atas pertimbangan situasi semasa dalam negara.
JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berlepas ke Beijing bagi memenuhi jemputan rasmi daripada Presiden China, Xi Jinping pada Selasa malam.
Menurut Menteri Sekretariat Negara, Prasetyo Hadi dalam kenyataan yang disiarkan menerusi saluran YouTube Sekretariat Presiden malam tadi, lawatan itu adalah bagi menghadiri sambutan memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di Dataran Tian'anmen.
Pesawat yang membawa Presiden Prabowo dan rombongan kecil berlepas dari Pangkalan Tentera Nasional Indonesia (TNI) Udara Halim Perdanakusuma sekitar jam 8 malam Selasa waktu Indonesia Barat (WIB).
Turut mengiringi Presiden dalam penerbangan tersebut ialah Setiausaha Kabinet, Teddy Indra Wijaya.Prasetyo menjelaskan, jemputan rasmi daripada Presiden Xi telah dijadualkan sejak 31 Ogos lalu, namun perjalanan Presiden Prabowo ditangguhkan sementara waktu atas pertimbangan situasi semasa dalam negara.
Jelas Prasetyo lagi, Presiden telah menerima laporan bahawa keadaan dalam negeri telah kembali stabil, maka beliau memutuskan untuk berangkat malam tadi.
"Presiden telah menerima laporan bahawa keadaan dalam negeri telah kembali stabil, maka beliau memutuskan untuk berangkat malam ini,” katanya.
Sementara itu, Prabowo dijadualkan kembali ke tanah air pada malam esok.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami