Prabowo tolak isytihar Bencana Nasional dan tawaran bantuan negara lain

Prabowo berkata demikian semasa pertemuan bersama semua anggota legislatif atau ‘Sidang Kabinet Paripurna’ di Istana Negara, Jakarta hari ini. - Kredit foto: Youtube Sekretariat Presiden
KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menegaskan bahawa pentadbirannya mampu mengawal situasi bencana banjir lumpur dan tanah runtuh yang melanda wilayah Sumatera Barat, Sumatera Timur, dan Aceh pada 26 November lalu.
Ringkasan AI
- Prabowo Subianto menegaskan pentadbirannya dapat mengawal situasi bencana banjir lumpur dan tanah runtuh di Sumatera Barat, Sumatera Timur, dan Aceh.
- Beliau menolak bantuan dari pemimpin negara lain dan menolak cadangan pengisytiharan 'Bencana Nasional' kerana pemerintah masih mampu menangani situasi bencana dengan berkesan.
- Indonesia akan menubuhkan Badan Petugas Rehabilitasi dan Rekonstruksi untuk mengawal proses pemulihan pasca banjir serta membina rumah sementara atau kekal mulai Ahad depan.
Pada masa sama beliau turut menolak cadangan pengisytiharan ‘Bencana Nasional’ sambil menyifatkan pemerintah masih mampu menangani situasi bencana.
“Ada yang berteriak ingin (hal) ini dinyatakan sebagai Bencana Nasional, kita sudah kerahkan (bantuan) untuk tiga wilayah ini daripada 38 wilayah, jadi situasi terkawal dan saya akan terus pantau,” katanya.
Beliau turut mengumumkan untuk menubuhkan sebuah Badan atau Pasukan Petugas Rehabilitasi dan Rekonstruksi yang berperanan mengawal selia proses pemulihan pasca banjir.
Menurutnya lagi, kerajaan Indonesia turut berhasrat membina rumah untuk dihuni sama ada sementara atau kekal bermula Ahad depan.
“Berdasarkan laporan daripada Menteri Perumahan, berkemungkinan bermula Ahad ini pembinaan 2,000 unit rumah akan dimulakan, dan rumah-rumah ini berpotensi terus dijadikan kediaman kekal,” katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


