DUNIA
Prabowo, Trump sepakat mengenai era baharu manfaat bersama dalam perdagangan dua hala

Dalam satu hantaran di Instagram pada Rabu, Prabowo berkata kedua-dua pemimpin bersetuju untuk memulakan "era baharu manfaat bersama". - Foto IG Prabowo
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkata beliau telah mengadakan perbualan telefon yang "sangat baik" dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan perdagangan dua hala.
Ringkasan AI
- Perbualan Telefon Prabowo-Trump Kukuhkan Hubungan Dua Hala: Presiden Indonesia dan Presiden AS bersetuju memulakan era baharu hubungan ekonomi yang saling menguntungkan, dengan Trump menyampaikan salam mesra kepada rakyat Indonesia.
- Pengurangan Tarif dan Akses Pasaran Lebih Luas: AS akan menurunkan tarif import ke atas barangan Indonesia daripada 32% kepada 19%, manakala eksport AS ke Indonesia tidak dikenakan sebarang tarif atau halangan bukan tarif.
- Komitmen Pembelian Produk AS oleh Indonesia Indonesia bersetuju membeli produk tenaga bernilai AS$15 bilion, barangan pertanian bernilai AS$4.5 bilion dan 50 pesawat Boeing sebagai sebahagian daripada perjanjian perdagangan.
Hantaran itu disertakan dengan dua gambar yang menunjukkan Prabowo berada di dalam sebuah bilik yang terang, duduk dengan tenang ketika membuat panggilan telefon dan kemudiannya kelihatan ketawa sambil bersandar dalam keadaan santai.
Pada Selasa, Trump menulis di platform Truth Social bahawa beliau telah memuktamadkan perjanjian penting dengan Indonesia selepas bercakap dengan Prabowo dan perjanjian bersejarah itu membuka keseluruhan pasaran Indonesia kepada AS buat kali pertama dalam sejarah.
Beliau turut mengumumkan bahawa pentadbirannya akan mengurangkan tarif ke atas import dari Indonesia daripada 32 peratus kepada 19 peratus manakala eksport AS ke Indonesia tidak akan dikenakan sebarang tarif atau halangan bukan tarif.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Indonesia telah bersetuju untuk membeli produk tenaga AS bernilai AS$15 bilion, barangan pertanian bernilai AS$4.5 bilion, serta 50 pesawat Boeing, tambahnya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami