Calon Presiden Indonesia daripada Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Prabowo Subianto yakin Menteri Agama republik itu, Suryadharma Ali yang dituduh terlibat dalam kes penyelewengan dana simpanan jemaah haji tidak bersalah.
Suryadharma Ali adalah Ketua Umum Parti Persatuan Pembangunan (PPP) yang menyokong kempen Prabowo dan calon regu naib presidennya, bekas Menteri Penyelaras Ekonomi, Hatta Rajasa.
Tegas Prabowo, beliau yakin Suryadharma Ali bersih daripada rasuah dan tidak mungkin terlibat dengan rasuah.
"Saya ingin menggarisbawahi. Ini peribadi: saya tidak percaya Suryadharma Ali bersalah," katanya seperti dipetik oleh laman web berita Tempo.co.
Tambah Prabowo, pada kaca matanya, Suryadharma Ali adalah seorang negarawan.
"Beliau Menteri Agama paling berjaya. Jadi harus disemak sekarang tentang pelaksanaan haji," ujar Prabowo.
Suryadharma Ali pada Khamis ditetapkan sebagai antara suspek kes siasatan terkait dengan penyelenggaran haji di Kementerian Agama oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK).
Prabowo bagaimanapun menegaskan perkembangan itu tidak menjejaskan muafakat politik pihaknya dengan PPP.
"Pakatan ini tetap menghormati proses undang-undang, tidak mempengaruhi urusannya dengan institusi PPP," kata Prabowo.
Sementara itu, KPK menafikan siasatan itu ada hubung kait dengan politik.
"Tak ada unsur apa pun selain penegakan undang-undang," kata jurucakap KPK Johan Budi dalam satu sidang media di pejabatnya pada Khamis.
Johan mengatakan KPK hanya menjalankan tugas dan ia tidak ada kena-mengena dengan politik.
"Kalau ada orang yang menarik (hal) ini ke politik, itu urusan orang tersebut. KPK tak bermain politik," ujarnya.
Suryadharma Ali pernah disoal siasat selama hampir 11 jam pada awal bulan ini antara lain berhubung soal pengurusan makanan dan penginapan jemaah haji di Arab Saudi serta penglibatan dua ahli parlimen dalam urusan penyelenggaraan haji itu.
KPK mengirimkan pasukan penyiasatnya ke Madinah pada musim haji tahun lalu untuk mengumpulkan bahan bukti dan keterangan.
Siasatan itu dibuat selepas ada kecurigaan terhadap pengurusan dana haji yang dipercayai diselewengkan ke akaun beberapa orang pegawai Kementerian Agama.
Astro Awani
Fri May 23 2014
Menteri Agama Indonesia, Suryadharma Ali dituduh terlibat dalam kes penyelewengan dana simpanan jemaah haji.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.