Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac

Flotila itu dilaporkan akan berlepas dari Barcelona, Itali, Tunisia serta negara Mediterranean lain, manakala konvoi darat akan bergerak menuju Gaza dari Afrika Utara. - Foto fail/Leeds Palestine Solidarity Campaign
MOSCOW: Kumpulan aktivis Global Sumud Flotilla mengumumkan hasrat untuk menghantar misi kemanusiaan terbesarnya ke Gaza melalui laut dan darat pada 29 Mac, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Ringkasan AI
- Kumpulan aktivis Global Sumud Flotilla mengumumkan misi kemanusiaan terbesar mereka ke Gaza melalui laut dan darat pada 29 Mac.
- Misi bantuan tersebut melibatkan lebih 100 kapal dan ribuan orang dari lebih 100 negara untuk menangani genosid, kepungan, kebuluran, dan kemusnahan di Gaza.
- Flotila akan berlepas dari pelbagai negara Mediterranean dan konvoi darat akan bergerak dari Afrika Utara, melibatkan petugas perubatan, pendidik, jurutera, dan pemerhati undang-undang.
Flotila itu dilaporkan akan berlepas dari Barcelona, Itali, Tunisia serta negara Mediterranean lain, manakala konvoi darat akan bergerak menuju Gaza dari Afrika Utara.
Misi itu melibatkan lebih 1,000 petugas perubatan, selain pendidik, jurutera, pasukan pembinaan semula, penyiasat jenayah perang dan ekosid, serta pemerhati undang-undang yang mendokumentasikan pelanggaran undang-undang antarabangsa, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


