Jen Prayuth Chan-o-cha semakin hampir untuk kekal sebagai Perdana Menteri Thailand berikutan pengumuman Demokrat untuk menyertai Palang Pracharat (PPRP) yang pro junta untuk membentuk kerajaan campuran.
Hari ini (Rabu), Dewan Perwakilan dan Senat Thailand akan bersidang dalam satu sesi bersama parlimen untuk mengundi bagi memilih perdana menteri, persaingan antara Prayuth, pemimpin rampasan kuasa tentera 2014 dan calon barisan demokratik Thanathorn Juangroongruangkit dari Future Forward Party (FFP).
Dalam masa kurang 24 jam sebelum mengundi, pemimpin Parti Demokrat, Jurin Laksanawisit mengumumkan parti tersebut menerima jemputan menyertai PPRP untuk membentuk kerajaan Thailand yang akan datang.
Selepas bersidang selama lebih enam jam, Jurin berkata 53 Anggota Parlimen parti itu akan memberi sokongan kepada Prayuth sebagai perdana menteri dan kerajaan pimpinan PPRP.
Majoriti mengundi untuk menyertai PPRP bagi membentuk kerajaan campuran," katanya pada sidang media di ibu pejabatnya di sini hari ini. Eksekutif parti Demokrat dan Ahli Parlimen mengundi dengan keputusan 61-16 untuk menyertai gabungan itu, dengan dua berkecuali.
Berikutan pengumuman Demokrat malam ini, PPRP mempunyai 203 kerusi di dewan rendah dengan 18 parti politik, termasuk parti kecil yang diperuntukkan dengan senarai satu kerusi. Barisan Demokratik yang terdiri daripada tujuh parti mempunyai 246 kerusi.
Pada masa ini, Bhumjaithai yang memenangi 51 kerusi pada pilihan raya umum, adalah satu-satunya parti politik yang tidak membuat sebarang pengumuman rasmi untuk menyertai mana-mana pakatan tetapi, ia berkemungkinan menyertai PPRP.
Minggu lepas, pemimpin parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul berkata "Bhumjaithai akan menyertai kerajaan yang stabil" dan dia mengakui bahawa PPRP adalah gabungan yang stabil.
Hari ini (Rabu), seramai 499 daripada 500 anggota Dewan Perwakilan dan 250 senator akan bersidang di TOT Plc Auditorium di Chaeng Wattana Road, yang berfungsi sebagai bangunan parlimen sementara ketika bangunan parlimen yang baharu sedang dibina.
Perdana Menteri memerlukan sekurang-kurangnya 386 undi dari kedua-dua dewan parlimen. Berikutan pengumuman Demokrat malam ini, Prayuth mendahui pencabarnya, Thanathorn.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2019
Selepas bersidang selama lebih enam jam, Jurin berkata 53 Anggota Parlimen parti itu akan memberi sokongan kepada Prayuth sebagai perdana menteri dan kerajaan pimpinan PPRP. - Foto fail
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Bernie Sanders sampaikan kemarahan kelas pekerja selepas kekalahan Demokrat dalam pilihan raya AS
"Ini adalah realitinya, kelas pekerja negara ini marah, dan mereka berhak untuk marah," katanya kepada CNN.
Arnold Schwarzenegger sokong Kamala Harris untuk Presiden
Schwarzenegger menegaskan bahawa beliau -sentiasa akan menjadi rakyat AS sebelum menjadi Republikan".
Pilihan raya Presiden AS: RFK Jr Kennedy ‘gantung’ kempen, umum sokongan kepada Trump
Dari penyokong setia Demokrat, Robert F Kennedy Jr memilih menyokong calon Republikan, Donald Trump.
Kamala Harris terima pencalonan Presiden AS dari Demokrat secara rasmi
Amaran sudah diberi Kamala Harris akan menghadapi perjuangan yang sengit untuk menewaskan Donald Trump yang berusia 78 tahun.
Kamala Harris terima pencalonan presiden parti Demokrat AS
Jaime Harrison mengesahkan bahawa Naib Presiden Harris memperoleh lebih daripada undian majoriti daripada semua perwakilan.
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Anggota Demokrat kecam keputusan Biden bekal bom berangkai ke Ukraine
Sekumpulan anggota Demokrat mengecam keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat untuk membekalkan bom berangkai kepada Ukraine kerana ia "melemahkan" kuasa moral Washington, lapor
Nancy Pelosi bakal lepaskan jawatan pemimpin tertinggi Demokrat
Pada usia 82 tahun, Pelosi telah dipilih semula tahun ini untuk mewakili Kongres ke-12 California di Dewan di Capitol Hill.
Biden dedah rangka kerja dasar 'bersejarah' AS$ 1.75 trilion
Kata Biden, pelan itu mendapat sokongan daripada Demokrat dan ia merupakan rangka kerja ekonomi bersejarah.
COVID-19: Dewan Perwakilan AS lulus pelan rangsangan pandemik
Undian menyusul beberapa jam selepas ahli perwakilan Demokrat menyuarakan keputusan mereka merancang bantuan COVID-19 tanpa sokongan Republikan.