Skip to main content

Dunia

Presiden AS adakan lawatan mengejut ke Ukraine

81676900345_TBBIDENUNION.jpg
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden melakukan lawatan mengejut ke Kiev, Ukraine, pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

"Hari ini, di Kiev, saya bertemu Presiden Zelenskyy dan pasukannya untuk perbincangan lanjut mengenai sokongan kami terhadap Ukraine," kata Biden dalam kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih.

Menurut kenyataan itu, Biden akan mengumumkan satu lagi penghantaran peralatan kritikal termasuk peluru artileri, sistem antiperisai, dan radar pengawasan udara dan sekatan tambahan ke atas elit dan syarikat Rusia akhir minggu ini.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menerusi akaun Telegramnya berkata: "lawatan itu sebagai tanda sokongan yang sangat penting untuk semua rakyat Ukraine."

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video