awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Biden gesa Israel henti serangan, jalankan rundingan pembebasan tebusan

Agensi
Agensi
21/10/2023
01:40 MYT
Presiden Biden gesa Israel henti serangan, jalankan rundingan pembebasan tebusan
Presiden Joe Biden menggesa Israel menangguhkan beberapa serangan ke atas Gaza dalam usaha mendapatkan pembebasan lebih banyak tawanan.
Presiden Joe Biden menggesa Israel menangguhkan beberapa serangan ke atas Gaza dalam usaha mendapatkan pembebasan lebih banyak tawanan.
Gesaan berkenaan dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS) itu susulan tindakan pasukan Hamas membebaskan dua tebusan wanita warga AS pada Jumaat.
Tindakan pembebasan itu disifatkan oleh Hamas sebagai respon terhadap kerjasama orang tengah yang terdiri daripada wakil dari negara Mesir, Qatar yang dianggap 'mesra Hamas.'
Kenyataan Biden untuk meminta penangguhan serangan itu berdasarkan laporan Bloomberg yang menyatakan Biden dan pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU) sedang memujuk Israel untuk tidak memasuki Gaza , bagi membolehkan rundingan pembebasan tebusan yang lebih banyak di kawasan itu dijalankan.
Lapor Bloomberg, Israel juga bersetuju terhadap tekanan AS untuk menghentikan serangan seketika.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak selari dengan tindakan Israel yang masih meneruskan kempen pengeboman ke atas Semenanjung Gaza termasuk ancaman mengebom hospital Al-Quds yang menempatkan 12,000 warga palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.
Sementara itu, Al Jazeera memetik kenyataan rasmi White House yang menegaskan Biden tersilap mendengar soalan yang diajukan dan menganggap soalan yang ditanya adalah sama ada beliau mahu melihat lebih banyak tawanan dibebaskan.
Justeru, jawapan yang diberikan beliau bersifat umum dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak.
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Israel digesa henti serangan
#Joe Biden
#presiden as
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan