Skip to main content

Dunia

Kuwait buka semula ruang udara selepas ancaman peluru berpandu

A CCTV footage shows fire and smoke rise following a strike on Kuwait International Airport, in Kuwait City, Kuwait June 3, 2026, in this screengrab from a video. Civil Aviation Kuwait/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. MANDATORY CREDIT. VERIFICATION: -Buildings, roof structure, columns and interior of airport terminal matched archive and satellite imagery -Kuwaiti authorities said an Iranian drone and missile attack damaged airport facilities and dip
Direktorat Penerbangan Awam Kuwait mengesahkan pembukaan semula ruang udara berkenaan yang sebelum ini ditutup sebagai langkah keselamatan berikutan ketegangan ketenteraan di rantau tersebut. -Gambar fail/Reuters

KUWAIT CITY: Pergerakan trafik udara di Kuwait kembali beroperasi seperti biasa hari ini selepas ruang udara negara itu ditutup sementara susulan serangan peluru berpandu dan dron oleh Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC).

Direktorat Penerbangan Awam Kuwait mengesahkan pembukaan semula ruang udara berkenaan yang sebelum ini ditutup sebagai langkah keselamatan berikutan ketegangan ketenteraan di rantau tersebut, lapor Al Jazeera.

Penutupan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 penerbangan komersial kendalian Kuwait Airways dan Jazeera Airways dilencongkan ke lapangan terbang di negara berhampiran.

Pihak berkuasa tentera Kuwait turut memaklumkan sistem pertahanan udara negara diaktifkan bagi mengesan dan memintas ancaman peluru berpandu serta dron yang melintasi ruang udara wilayah berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, IRGC dalam satu kenyataan mengesahkan melancarkan serangan ke atas dua pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Kuwait serta sasaran lain termasuk pangkalan Armada Kelima Tentera Laut AS di Bahrain.

Menurut Tehran, serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap operasi ketenteraan AS sebelum ini yang menyasarkan kemudahan strategik di Iran.

Perkembangan terbaharu ini dilihat menandakan peningkatan ketegangan di antara Washington dan Tehran, sekali gus berpotensi menjejaskan usaha diplomatik sedia ada bagi meredakan konflik di rantau Asia Barat.

 

Must Watch Video

Advertisement