PRESIDEN Brazil, Jair Bolsonaro, disahkan positif COVID-19, setelah berbulan-bulan bertungkus-lumus dalam menangani krisis wabak yang melanda negara itu.

"Saya baik-baik saja," kata Bolsonaro kepada CNN Brazil dalam wawancara secara langsung, setelah mengumumkan hasil ujiannya.

Dia menambah bahawa dia mengambil hydroxichloroquine, ubat anti-malaria walaupun penggunaannya tidak digalakkan oleh kebanyakan pakar kesihatan di seluruh dunia yang mana ia boleh membawa kesan sampingan yang berbahaya.

Presiden berusia 65 tahun itu berkata, virus itu menjangkitinya selepas mengalami simptom selesema dan setelah berulang kali tidak mematuhi nasihat untuk menjaga penjarakan sosial, dan memakai topeng pelitup muka.

Brazil telah menjadi negara tumpuan COVID-19 bagi seluruh dunia, yang hanya kurang 65,000 kes kematian berbanding Amerika Syarikat dan lebih daripada 1.62 juta kes positif.

Sebelum ini, Bolsonaro memecat Menteri Kesihatan Luiz Henrique Mandetta, berikutan pertikaian mengenai langkah pencegahan berhubung pandemik COVID-19 dan jawatan itu kini dipikul sementara oleh Ketua Interim.