awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Alumni hebat bermula dengan pengalaman bermakna di kampus
SoftBank lengkapkan pelaburan AS$40 bilion dalam OpenAI
KTMB sasar 1.2 juta penumpang guna ETS pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Brazil sokong penunjuk perasaan, tidak peduli nasihat pakar kesihatan

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2020
00:22 MYT
Presiden Brazil sokong penunjuk perasaan, tidak peduli nasihat pakar kesihatan
Bolsonaro bertegas mahu ekonomi negara berkenaan dibuka seperti biasa untuk mengelak kemelesetan ekonomi. - Reuters
Presiden Brazil, Jair Bolsonaro menyatakan sokongan terhadap kumpulan penunjuk perasaan yang berkongsi pendapat dengannya mengenai polisi menolak arahan tinggal di rumah bagi mengekang COVID-19.
Bolsonaro mendakwa, Brazil yang kini berada di tangga keempat negara yang mempunyai kes positif COVID-19 tertinggi di dunia, berjaya mengharungi krisis kesihatan berkenaan.
Tambahnya, kuasa harus datang dari rakyat untuk menentukan bagaimana Brazil mengawal penularan pandemik COVID-19.
Tegasnya lagi, penting untuk pemimpin politik mengikut apa yang dikehendaki oleh rakyat.
Kepimpinan tertinggi Brazil sebelum ini berbeza pendapat dan gagal mencapai kata sepakat mengenai bagaimana Brazil harus mengawal COVID-19.
Bolsonaro bertegas mahu ekonomi negara berkenaan dibuka seperti biasa untuk mengelak kemelesetan ekonomi.
Pendirian itu mengakibatkan Brazil kehilangan dua menteri kesihatan dalam masa sebulan, apabila seorang daripada mereka dipecat manakala seorang lagi meletak jawatan kerana tidak sehaluan dengannya.
Penyokong Bolsonaro turut menggesa agar ubat chloroquine dan hydroxychloroquine lebih mudah diakses oleh orang ramai.
Bekas Menteri Kesihatan, Nelson Teich meletak jawatan pada Jumaat, sehari selepas Bolsonaro mengeluarkan kenyataan mahu mengurangkan sekatan penggunaan chloroquine.
Teich menyatakan ubat tersebut masih belum terbukti berkesan merawat COVID-19 dan memberikan amaran tentang kesan sampingannya.
Berbeza dengan pendirian presiden itu, banyak negeri dan bandar di Brazil sebenarnya meningkatkan lagi arahan tinggal di rumah untuk mengekang COVID-19.
Sehingga kini lebih 15,000 rakyat Brazil telah meninggal dunia akibat COVID-19 dan angka itu dikatakan lebih rendah daripada bilangan sebenar.
Menurut laporan The Associated Press (AP), jumlah kematian akibat COVID-19 dipercayai jauh lebih tinggi namun kemampuan ujian yang tidak mencukupi menyebabkan angka rasmi menjadi rendah.
Pakar menyatakan Brazil belum mencapai puncak krisis pandemik berkenaan.
Memburukkan keadaan adalah kebanyakan hospital sudah penuh dan tidak mampu menerima lebih ramai pesakit, lebih-lebih lagi jika penularan viru itu tidak dikawal dengan berkesan.
Sehingga awal pagi Isnin, Brazil mencatatkan lebih 235,000 kes positif, lebih tinggi daripada Itali dan Sepanyol.
Topic Berkaitan
#Brazil
#COVID-19
#kesihatan
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan