DUNIA
Presiden Finland sedia lulus pengiktirafan Palestin

Presiden Finland Alexander Stubb (foto) sedia iktiraf Palestin jika terima cadangan rasmi kerajaan sebagai usaha sokong proses damai Asia Barat. -Gambar fail/Reuters
HELSINKI: Presiden Finland Alexander Stubb menyatakan kesediaan untuk mengiktiraf negara Palestin sekiranya menerima cadangan rasmi daripada kerajaan, sebagai sebahagian daripada usaha antarabangsa menghidupkan semula proses damai Asia Barat.
Ringkasan AI
- Presiden Finland Alexander Stubb sedia iktiraf Palestin jika terima cadangan rasmi kerajaan sebagai usaha sokong proses damai Asia Barat.
- Stubb sokong model dua negara, kecam keganasan terhadap Israel dan situasi tidak berperikemanusiaan di Gaza.
- Beliau gesa negara Arab iktiraf Israel dan seru perbincangan dasar luar Finland dijalankan secara terbuka dan berhemah.
"Pada masa sama, keadaan di Gaza amat tidak berperikemanusiaan. Kanak-kanak mati kelaparan kerana bantuan makanan tidak dapat disalurkan, dan orang awam yang cuba mendapatkan bantuan telah ditembak,” kata Stubb di akaun X.
Stubb turut menyambut baik pengumuman oleh Perancis, Britain dan Kanada yang menyokong pengiktirafan Palestin sebagai langkah menghidupkan semula rundingan damai.
Beliau berkata pengiktirafan oleh Finland akan menjadi sumbangan penting ke arah keamanan serantau.
Beliau turut menggesa negara-negara Arab yang masih belum mengiktiraf Israel supaya berbuat demikian, sambil menegaskan bahawa pihak Berkuasa Palestin telah pun mengiktiraf Israel, manakala Hamas tidak mewakili Palestin secara rasmi.
“Pengiktirafan negara adalah keputusan presiden, namun ia mesti berdasarkan cadangan daripada kerajaan.
"Jika saya menerima cadangan untuk mengiktiraf Palestin, saya bersedia untuk meluluskannya.
"Terserah kepada kerajaan untuk menilai sama ada mereka akan mengemukakan cadangan itu,” kata Stubb.
Beliau turut mengakui bahawa rakyat Finland mempunyai pelbagai pandangan dan kebimbangan berhubung isu Palestin, dan menyeru agar perbincangan dasar luar negara dijalankan secara terbuka, jujur dan berhemah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami