awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TO CHECK] Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
Ibu bapa perlu ambil peranan kawal penggunaan internet anak-anak - Fahmi
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden ICC tersenarai antara individu dikehendaki di Rusia

Bernama
Bernama
26/09/2023
02:40 MYT
Presiden ICC tersenarai antara individu dikehendaki di Rusia
Piotr Hofmanski, Presiden Mahkamah Jenayah Antarabangsa. - Foto ICC
MOSCOW: Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Rusia menyenaraikan Presiden Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Piotr Hofmanski dalam senarai dikehendaki negara itu, lapor Xinhua, memetik laporan media tempatan pada Isnin.
"Hofmanski Piotr Jozef, Poland. Dikehendaki di bawah artikel Kanun Jenayah Persekutuan Rusia," lapor TASS, memetik kenyataan daripada pangkalan data kementerian.
Selain Hofmanski, Naib Presiden Pertama ICC Luz del Carmen Ibanez Carranza dan hakim Bertram Schmitt juga telah dimasukkan ke dalam senarai dikehendaki.
ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Rusia Vladimir Putin dan Pesuruhjaya Presiden bagi Hak Kanak-Kanak Maria Lvova-Belova pada 17 Mac tahun ini atas dakwaan jenayah perang pengusiran yang menyalahi undang-undang kanak-kanak Ukraine.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#ICC
#senarai dikehendaki
#Piotr Hofmanski
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan