ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 November 2026.
Istana Negeri Sembilan belum sahkan ketulenan surat peletakan jawatan Ismail Lasim
Istana menegaskan, sebarang peletakan jawatan menteri besar perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan baginda.
PDRM siasat dakwaan kegiatan kumpulan jenayah terancang dari Nigeria
Dakwaan mengenai kumpulan itu menjadi perhatian susulan satu hantaran di media sosial yang mendakwa organisasi itu kini bertapak di Malaysia.
Kapal tangki rempuh tebing di Lumut berjaya ditarik, JKM lantik pegawai penyiasat kemalangan
Setakat awal pagi ini, kapal berkenaan berlabuh di perairan berhadapan Tanjung Batu Agas, Lumut.
PM Anwar puji pendirian konsisten Presiden Macron dalam isu Gaza
Macron menegaskan komitmen Perancis dan Malaysia mempertahankan Piagam PBB, kedaulatan Palestin dan Ukraine, serta menolak dwistandard antarabangsa.
BN kemuka satu calon baharu MB Negeri Sembilan - Ahmad Zahid
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara Tuanku tanpa mendedahkan identiti calon tersebut.
Kemalangan: Anggota polis maut, 10 cedera termasuk empat parah di Tapah
Seorang anggota polis maut, manakala empat lagi parah selepas van polis dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, hari ini.
Tuanku Muhriz terima menghadap Ismail susulan kemelut semasa Negeri Sembilan
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim susulan kemelut semasa yang melanda negeri itu.
Mangsa terakhir tragedi kepala air Sungai Luit ditemukan
Mangsa terakhir tragedi kepala air di Sungai Luit berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak di Kuala Kubu Bharu ditemukan hari ini.
Jangan gadai integriti demi pangkat, imbuhan - Sultan Nazrin
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah supaya berpegang kepada prinsip berani kerana benar serta tidak menggadaikan integriti demi kepentingan peribadi, pangkat atau imbuhan.
Trump puji kerjasama Anwar, iktiraf perjanjian Malaysia-AS
Donald Trump memuji kerjasama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand, tahun lalu.