awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Indonesia gantung kerjasama dengan Australia

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2013
04:10 MYT
Presiden Indonesia gantung kerjasama dengan Australia
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhiyono mengumumkan penggantungan beberapa kerjasama bilateral dengan Australia susulan dakwaan initipan talian telefon terhadap beberapa pemimpin tertinggi republik itu.
Tindakan diambil sehari selepas Jakarta memanggil balik dutanya di Canberra atas dakwaan sama.
Susilo turut mengecam Perdana Menteri Australia, Tony Abbott kerana menganggap pencerobohan tersebut sebagai sesuatu yang remeh tanpa rasa bersalah.
Terdahulu Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahu parlimen bahawa, beliau akan melakukan apa sahaja yang sewajarnya bagi memperbaiki hubungan dua hala dengan Indonesia.
Laporan media menyebut agensi perisikan Australia cuba mengintip dengar perbualan telefon Bambang Susilo Yudhoyono dan isterinya serta beberapa Menteri Kanan Indonesia pada 2009.
Australia dan Indonesia adalah rakan sekutu yang mempunyai hubungan kukuh dengan pelbagai kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan.
Topic Berkaitan
#Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhiyono
#Tony Abbott
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan