Skip to main content

Malaysia

Agong perkenan tujuh akta termasuk perlindungan saksi, kesalahan seksual kanak-kanak

Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan mengenai perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim terhadap tujuh akta yang diluluskan Parlimen.
Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan mengenai perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim terhadap tujuh akta yang diluluskan Parlimen.

Advertisement

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan tujuh akta yang diluluskan Parlimen sebelum ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor memaklumkan perkara itu sebelum sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Antara yang mendapat perkenan ialah Akta Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 dan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026.

Turut diperkenankan ialah Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026, Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 dan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026.

Dua lagi ialah Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 serta Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026.

Dalam perkembangan sama, Dewan Rakyat turut menerima perutusan daripada Dewan Negara yang memaklumkan persetujuan terhadap 12 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan Dewan Rakyat dalam mesyuarat lalu.

Antaranya RUU Jenayah Siber 2026, RUU Persaingan (Pindaan) 2026, RUU Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026 dan RUU Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026.

Dewan Negara turut meluluskan RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026, RUU Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 dan RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026.

Selain itu, ia melibatkan RUU Kumpulan Wang Amanah Negara 2026, RUU Profesion Kerja Sosial 2026 dan RUU Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026.

Dua lagi ialah RUU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 serta RUU Statistik 2026.


 

Must Watch Video

Advertisement