awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
SPRM mahu DPA dibawa ke Parlimen segera, perkukuh usaha jejak aset jenayah
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Indonesia Prabowo hadiri sidang kemuncak keamanan Gaza di Mesir

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2025
02:50 MYT
Presiden Indonesia Prabowo hadiri sidang kemuncak keamanan Gaza di Mesir
Kehadiran Prabowo dianggap penting untuk rundingan damai, dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas turut dijangka hadir bagi memperkukuh sokongan terhadap penyelesaian dua negara. - Foto fail/REUTERS
JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, berlepas ke Mesir pada Ahad malam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Gaza yang dijadual berlangsung di Sharm el-Sheikh, sebuah bandar peranginan di Laut Merah.

Ringkasan AI
  • Presiden Indonesia Prabowo Subianto berlepas ke Mesir untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Gaza di Sharm el-Sheikh.
  • Sidang dipengerusikan oleh Presiden AS Donald Trump dan Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi, melibatkan lebih 20 pemimpin dunia bagi membincangkan penyelesaian konflik Gaza.
  • Kehadiran Prabowo dianggap penting untuk rundingan damai, dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas turut dijangka hadir bagi memperkukuh sokongan terhadap penyelesaian dua negara.

Sidang kemuncak itu akan dipengerusikan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bersama Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi, dan menghimpunkan lebih 20 pemimpin dunia bagi membincangkan cadangan penyelesaian konflik Gaza yang telah berlarutan selama dua tahun.
Menurut Menteri Setiausaha Negara Indonesia, Prasetyo Hadi, jemputan kepada Presiden Prabowo dibuat secara mendadak pada Sabtu, namun kehadiran beliau dianggap penting untuk kesinambungan rundingan damai.
“Mereka benar-benar meminta kehadiran Presiden Prabowo demi kelangsungan rundingan Gaza,” katanya kepada media di Jakarta.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas turut dijangka hadir dalam sidang kemuncak tersebut, yang dilihat sebagai peluang penting untuk memperkukuh sokongan antarabangsa terhadap penyelesaian dua negara dan penamatan konflik bersenjata di wilayah Gaza.
Topic Berkaitan
#Prabowo Subianto
#Sidang Kemuncak Keamanan Gaza
#Gaza
#rundingan damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan