DUNIA
Presiden Iran cedera ringan dalam serangan Israel bulan lepas - Laporan

Serangan peluru berpandu itu berlaku pada 17 Jun ketika Masoud, termasuk ketua ketiga-tiga cabang kerajaan, sedang bermesyuarat. - Foto Reuters
ANKARA: Presiden Iran Masoud Pezeshkian cedera ringan di bahagian kaki dalam satu serangan Israel yang menyasarkan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran bulan lepas, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Agensi Berita Fars.
Ringkasan AI
- Presiden Iran Cedera Ringan dalam Serangan Israel: Masoud Pezeshkian cedera di kaki ketika menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran pada 17 Jun, selepas bangunan mesyuarat disasarkan oleh enam peluru berpandu Israel.
- Kebocoran Maklumat Disyaki: Ketepatan serangan menimbulkan syak wasangka terhadap kemungkinan kebocoran maklumat dalaman, walaupun semua pemimpin berjaya keluar melalui laluan kecemasan yang telah dirancang.
- Konflik Israel-Iran Berakhir dengan Gencatan Senjata: Serangan Israel bermula 13 Jun dan berlangsung selama 12 hari, menyebabkan lebih 600 kematian dan ribuan cedera di Iran.
Pegawai-pegawai dilaporkan berjaya keluar melalui laluan kecemasan yang telah dirancang lebih awal, dan Pezeshkian "cedera semasa proses pemindahan namun berjaya keluar dengan selamat."
Laporan itu turut menyebut pihak berkuasa Iran mengesyaki kemungkinan berlaku kebocoran maklumat dalaman, berdasarkan ketepatan serangan berkenaan.
Konflik bersenjata selama 12 hari antara Israel dan Iran tercetus pada 13 Jun selepas Tel Aviv melancarkan serangan udara ke atas tapak ketenteraan, nuklear dan awam Iran, mengorbankan sekurang-kurangnya 606 orang dan mencederakan 5,332 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Iran.
Konflik itu berakhir susulan satu gencatan senjata tajaan Amerika Syarikat yang berkuat kuasa pada 24 Jun.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami