Skip to main content

Dunia

Presiden Iran ke New York hadiri Perhimpunan Agung PBB

Masoud Pezeshkian akan berucap pada Perhimpunan Agung PBB dan mengadakan pertemuan dengan beberapa ketua negara serta pegawai kanan yang menghadiri perhimpunan itu. - Gambar fail/Reuters
Masoud Pezeshkian akan berucap pada Perhimpunan Agung PBB dan mengadakan pertemuan dengan beberapa ketua negara serta pegawai kanan yang menghadiri perhimpunan itu. - Gambar fail/Reuters
Advertisement

TEHRAN: Presiden Iran Masoud Pezeshkian akan berlepas ke New York pada Selasa untuk menghadiri sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA), memetik Jabatan Perhubungan Awam Pejabat Presiden.

Ketua Pengarah Habibollah Abbasi memberitahu IRNA pada Isnin bahawa Pezeshkian akan berucap pada Perhimpunan Agung PBB dan mengadakan pertemuan dengan beberapa ketua negara serta pegawai kanan yang menghadiri perhimpunan itu.

Presiden Iran itu turut dijadualkan bertemu rakyat Iran yang menetap di luar negara, selain golongan intelektual Amerika Syarikat (AS) dan wakil badan pemikir negara itu, kata Abbasi.

Advertisement

Sesi ke-81 Perhimpunan Agung PBB dibuka pada 8 Sept dengan tema “Memulihkan Kepercayaan, Mengurus Transformasi: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang Memberi Manfaat kepada Semua”.

Perbahasan Umum peringkat tinggi dijadual bermula pada 22 Sept, dengan Pezeshkian dijangka menyampaikan ucapannya pada Rabu, 23 Sept.

Advertisement

AS meluluskan visa untuk Pezeshkian dan Menteri Luar Abbas Araghchi bagi menghadiri perhimpunan itu.

-- BERNAMA-IRNA

Must Watch Video

Advertisement