[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Presiden Iran mohon maaf, tekad bawa pelaku ke muka pengadilan

Agensi 11/01/2020 | 05:06 MYT
HASSAN: ""Ingatan dan doa saya adalah kepada ahli keluarga mangsa yang berkabung." - Gambar fail/REUTERS
Presiden Iran, Hassan Rouhani hari ini memohon maaf dan melahirkan rasa kesal beliau terhadap tragedi menembak jatuh pesawat penumpang Ukraine yang meragut 176 nyawa pada Rabu lalu.
Ia susulan hasil siasatan awal oleh pihak tentera negara itu mendapati telah berlaku 'kecuaian manusia' sehingga menyebabkan pesawat ditembak jatuh oleh peluru berpandu tentera negara itu.
Hassan dalam catatan di laman sosial Twitter berkata; “Siasatan akan terus dilakukan untuk mengenal pasti dan mengenakan pendakwaan terhadap kesilapan yang tidak boleh dimaafkan ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ingatan dan doa saya adalah kepada ahli keluarga mangsa yang berkabung. Saya sejujurnya mengucapkan takziah,’ tambahnya dalam satu lagi catatan Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Iran akhirnya mengaku tembak jatuh pesawat malang Ukraine
Iran pada Sabtu mengakui pihak tentera negara itu telah secara ‘tidak sengaja’ menembak jatuh pesawat penumpang milik Ukraine terbabit meskipun sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.
Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif dalam catatan Twitter beliau berkata selain 'kesilapan manusia', sikap ‘gemar mengambil risiko’ oleh Amerika Syarikat juga menyumbang kepada tragedi itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pesawat Boeing 737 yang dikendalikan oleh syarikat Penerbangan Antarabangsa Ukraine itu, terhempas di pinggiran ibu kota Tehran sejurus berlepas, hanya beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke arah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq.
#Amerika Syarikat #Iran #peluru berpandu #pesawat #pesawat Ukraine #siasatan #tembak #Twitter #Ukraine