awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Joe Biden tidak akan jalani ujian kecekapan - Jill Biden

Bernama
Bernama
06/03/2023
08:15 MYT
Presiden Joe Biden tidak akan jalani ujian kecekapan - Jill Biden
Biden yang mencecah usia 80 pada November 2022 menjadi pemimpin tertua yang dipilih sebagai presiden. - Gambar fail
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tidak akan menjalani ujian kecekapan mental dan menganggap idea agar ahli politik berusia lebih 75 tahun itu menjalani ujian berkenaan sebagai "tidak masuk akal", kata Jill Biden.
Pada Februari, bekas Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Nikki Haley mengumumkan pencalonannya untuk bertanding pada pemilihan presiden 2024.
Dalam ucapannya beliau telah mencadangkan agar Biden menjalani ujian kompetensi.
"Tidak masuk akal...Kami tidak akan pernah membincangkan perkara seperti itu," kata Jill Biden sebagai mengulas sama ada suaminya akan mempertimbangkan untuk mengambil ujian itu andai dipilih semula pada 2024, lapor Sputnik.
Biden yang mencecah usia 80 pada November 2022 menjadi pemimpin tertua yang dipilih sebagai presiden dan mengangkat sumpah jawatan pada usia 78 tahun.
Jika Biden berhasrat untuk dipilih semula pada 2024 beliau akan berusia 86 tahun sebelum melengkapkan penggal kedua sebagai presiden.
Presiden sebelum ini diaporkan berkata beliau akan berterus terang dengan rakyat Amerika jika mempunyai sebarang masalah kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#ujian kecekapan
#prestasi tugas
#pemilihan presiden
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan