awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papa Zola The Movie catat kutipan RM55 juta, ketepikan Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2
Prasarana catat rekod 1.63 juta penumpang harian tertinggi 31 Disember
RM15 juta untuk Dapur Siswa, pastikan tiada mahasiswa 'ikat perut'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Madagascar bubar kerajaan selepas protes berdarah

Bernama
Bernama
30/09/2025
01:10 MYT
Presiden Madagascar bubar kerajaan selepas protes berdarah
Rajoelina nemohon maaf sekiranya anggota kerajaan tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan dan beliau memahami kemarahan, kesedihan serta kesulitan akibat gangguan bekalan elektrik dan air. - Gambar Reuters
LUSAKA (Zambia): Presiden Madagascar, Andry Rajoelina pada Isnin mengumumkan pembubaran kerajaan susulan protes besar-besaran yang diketuai golongan muda sejak Khamis lalu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin berkata, sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh manakala lebih 100 cedera dalam demonstrasi yang diinspirasikan oleh protes "Gen-Z" di Kenya dan Nepal.
"Kami akui dan mohon maaf sekiranya anggota kerajaan tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan; saya memahami kemarahan, kesedihan serta kesulitan akibat gangguan bekalan elektrik dan air," kata Rajoelina dalam ucapan yang disiarkan secara langsung oleh penyiar negara Televiziona Malagasy (TVM).
Protes itu adalah yang terbesar di Madagascar sejak beberapa tahun dan merupakan cabaran paling serius dihadapi Rajoelina sejak dilantik semula pada 2023.
Beliau berkata, keputusan itu bertujuan membuka ruang dialog dengan golongan muda yang marah dengan krisis air dan gangguan elektrik.
Beliau turut berjanji melaksanakan langkah sokongan kepada perniagaan yang terkesan akibat kejadian rompakan.
"Saya mendengar suara anda, saya merasai penderitaan anda; saya memahami kesannya kepada kehidupan seharian," kata beliau.
Bagaimanapun, Kementerian Luar Madagascar menolak angka korban PBB itu dengan alasan ia tidak berpunca daripada pihak berkuasa dan hanya berasaskan "khabar angin serta maklumat tidak benar".
Pada Isnin, penunjuk perasaan berhimpun di sebuah universiti sambil membawa sepanduk dan cuba berarak menuju ke pusat bandar tetapi mereka bersurai selepas polis melepaskan gas pemedih mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Madagascar
#Andry Rajoelina
#bubar kerajaan
#protes Gen Z
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan