awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ekonomi negara catat pencapaian baik, Malaysia jadi tumpuan pelabur asing - Fahmi
Jelajah trofi Piala Dunia ke Malaysia, suntikan semangat beraksi lebih baik - Gilberto Silva
Thailand pergiat banteras jenayah dalam talian, sasar laman sesawang perjudian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Malawi hapus yuran sekolah, ikrar tamatkan kebuluran

Bernama
Bernama
21/10/2025
09:00 MYT
Presiden Malawi hapus yuran sekolah, ikrar tamatkan kebuluran
Mutharika menyifatkan pendidikan sebagai kunci kepada pembangunan negara serta menggesa ibu bapa dan penjaga memastikan setiap kanak-kanak hadir ke sekolah. - Gambar/ Reuters
THYOLO (Malawi): Presiden Malawi Peter Mutharika pada Ahad mengumumkan pelaksanaan pendidikan percuma di peringkat rendah dan menengah bermula Januari 2026, sambil memberi jaminan bahawa kerajaan sedang memperoleh 200,000 metrik tan jagung dari negara jiran Zambia bagi membantu lebih empat juta rakyat yang berdepan kekurangan makanan, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Presiden Malawi Peter Mutharika mengumumkan pelaksanaan pendidikan percuma di peringkat rendah dan menengah bermula Januari 2026, sambil menggesa ibu bapa memastikan anak-anak hadir ke sekolah sebagai usaha memacu pembangunan negara.
  • Kerajaan Malawi sedang memperoleh 200,000 metrik tan jagung dari Zambia bagi membantu lebih empat juta rakyat yang berdepan kekurangan makanan, dengan menteri pertanian dihantar untuk memuktamadkan perjanjian pembelian.
  • Mutharika membuat pengumuman itu semasa menghadiri festival budaya masyarakat Lhomwe di daerah Thyolo, selepas mengangkat sumpah sebagai presiden ketujuh negara pada 4 Oktober lalu susulan kemenangan dalam pilihan raya presiden.

Mutharika membuat pengumuman itu di daerah Thyolo ketika menghadiri festival budaya tahunan masyarakat Lhomwe.
Pemimpin Malawi itu, yang mengangkat sumpah sebagai presiden ketujuh negara pada 4 Okt lalu selepas kemenangan dalam pilihan raya presiden 16 Sept, menyifatkan pendidikan sebagai kunci kepada pembangunan negara serta menggesa ibu bapa dan penjaga memastikan setiap kanak-kanak hadir ke sekolah.
"Ibu bapa kini tiada alasan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah. Kami mahu anak-anak kita mendapat pendidikan kerana tanpa pendidikan, pembangunan tidak mungkin dicapai," kata Mutharika.
Berhubung isu keselamatan makanan, presiden itu memberi jaminan kepada semua rakyat Malawi yang terjejas akibat kebuluran bahawa "segala persiapan telah dibuat" dan beliau menghantar menteri pertanian negara itu ke Zambia untuk memuktamadkan perjanjian pembelian jagung berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malawi
#pendidikan percuma
#Peter Mutharika
#kebuluran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan