awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2025
21:30 MYT
Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Mahmoud Abbas juga berkata, beliau bersedia untuk mengadakan pilihan raya Presiden dan Parlimen jika keadaan mengizinkan. - Gambar fail Reuters
PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas menyambut baik pelan Mesir untuk membina semula Gaza dan menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menyokong pelan tersebut yang tidak melibatkan pemindahan penduduk Palestin dari kawasan berkenaan.
Bercakap di Sidang Kemuncak Liga Arab pada Selasa, Abbas juga berkata, beliau bersedia untuk mengadakan pilihan raya Presiden dan Parlimen jika keadaan mengizinkan.
"Pihak Berkuasa Palestin adalah satu-satunya kuasa pemerintahan dan tentera yang sah di Wilayah Palestin," katanya memetik laporan Reuters.
Dalam pada itu, Abbas memaklumkan akan mengeluarkan pengampunan am kepada semua mereka yang dipecat daripada gerakan Fatah yang mentadbir Tebing Barat.
Media antarabangsa pada Isnin melaporkan pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.
Trump sebelum ini mencetuskan kemarahan sejagat apabila beliau mengusulkan bahawa Amerika Syarikat harus mengambil alih Gaza dan mengubahnya menjadi "Gaza Riviera", dengan memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kos membangunkan semula Gaza selepas konflik yang tercetus, melebihi AS$53 bilion.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Mahmoud Abbas
#pembinaan semula Gaza
#Liga Arab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan