awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gaza perlu bantuan kemanusiaan diperluas, bukan sekatan tambahan - UNRWA
Pegawai, anggota AKPS perlu kekalkan tahap integriti, elak salah guna kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Palestin tiba di Sharm El-Sheikh hadir Sidang Kemuncak Keamanan Gaza

Agensi
Agensi
13/10/2025
11:35 MYT
Presiden Palestin tiba di Sharm El-Sheikh hadir Sidang Kemuncak Keamanan Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di bandar peranginan Sharm El-Sheikh pada Isnin bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Gaza yang dijadual berlangsung hari ini. - Reuters
SHARM EL-SHEIKH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di bandar peranginan Sharm El-Sheikh pada Isnin bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Gaza yang dijadual berlangsung hari ini.
Sidang kemuncak antarabangsa itu akan menghimpunkan lebih 20 pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi selaku tuan rumah, dalam usaha merangka pelan damai bersepadu selepas dua tahun konflik di Gaza.
Fasa pertama perjanjian gencatan senjata yang dimeterai minggu lalu turut merangkumi pembebasan tebusan serta tahanan Palestin, yang menjadi antara agenda utama sidang kemuncak tersebut.
Trump dijadual tiba di Sharm El-Sheikh bagi menyertai rundingan bersama pemimpin serantau dan antarabangsa, dengan pelan 20 perkara yang dikemukakannya menjadi asas perbincangan ke arah penyelesaian jangka panjang konflik Gaza.
Sidang kemuncak ini dijangka menjadi titik tolak penting dalam usaha diplomatik global untuk mengakhiri keganasan dan membina semula keamanan di rantau berkenaan.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#gencatan senjata
#Mahmoud Abbas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan