awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Sri Lanka dedah punca PM dipecat

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2018
22:52 MYT
Presiden Sri Lanka dedah punca PM dipecat
Maithripala Sirisena bercakap pada satu pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Kremlin, Moscow, Rusia, 23 Mac, 2017. - REUTERS / Gambar Fail
Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena pada Ahad mendedahkan punca sebenar Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe dipecat secara mengejut.
Tindakan itu katanya diambil selepas mendapat tahu penglibatan Wickremesinghe bersama seorang menteri kabinet yang didakwa berpakat untuk membunuh beliau.
Kenyataan itu yang pertama dikeluarkan sejak politik negara Asia Selatan itu goncang kerana tindakannya memecat Wickremesinghe dan barisan kabinet selain menggantung Parlimen .
Beliau berkata, siasatan mendapati seorang menteri dan bekas setiausaha pertahanan turut terlibat dalam pakatan pembunuhan itu.
Bagaimanapun, nama mereka tidak didedahkan Sirisena.
Tegas beliau, satu-satunya pilihan yang ada demi menyelamatkan nyawanya ialah memecat Wickremesinghe dan keseluruhan kabinetnya sebelum melantik bekas orang kuatnya, Mahinda Rajapaksa, sebagai perdana menteri dan menubuhkan kerajaan baru.
Berdasarkan perlembagaan Sri Lanka, presiden mempunyai hak untuk melantik sesiapa sahaja yang beliau rasakan memiliki undi majoriti di Parlimen.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Maithripala Sirisena
#pakatan
#Parlimen
#pecat
#Perdana Menteri
#presiden
#punca
#Ranil Wickremesinghe
#Sri Lanka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan