awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Trump nafi terlepas cakap

Agensi
Agensi
12/01/2018
22:10 MYT
Presiden Trump nafi terlepas cakap
Trump pada Jumaat mengakui bahasa yang digunakan agar melampau, tetapi tidak menghina Haiti atau negara-negara miskin lain. - Gambar fail
TERLAJAK perahu, boleh diundur, terlajak kata banyak padahnya.
Pepatah ini sesuai untuk Presiden Donald Trump, yang sering menafikan segala kenyataan dibuat.
Selepas dikecam gara-gara mempersoal kenapa negara Uncle Sam itu menerima pendatang daripada negara yang dilabelkannya sebagai 'lubang najis', di akaun Twitter, Trump menafikannya pula.
Kata Trump, beliau tidak pernah buat sebarang kenyataan menghina orang Haiti.
Never said anything derogatory about Haitians other than Haiti is, obviously, a very poor and troubled country. Never said ake them out.Made up by Dems. I have a wonderful relationship with Haitians. Probably should record future meetings - unfortunately, no trust!
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) January 12, 2018
Kenyataan ini didakwa dibuat dalam mesyuarat tertutup dengan anggota Kongres.
White House pada awalnya tidak buat penafian kenyataan sedemikian dikeluarkan.
Namun, Trump pada Jumaat mengakui bahasa yang digunakan agar melampau, tetapi tidak menghina Haiti atau negara-negara miskin lain.
The language used by me at the DACA meeting was tough, but this was not the language used. What was really tough was the outlandish proposal made - a big setback for DACA!
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) January 12, 2018
Memetik laporan The Washington Post, Trump mengeluarkan kenyataan menghina itu di pejabatnya di White House pada Khamis.
"Mengapa kita benarkan rakyat dari negara 'lubang najis' datang ke negara ini?," persoal Trump di hadapan pembuat dasar dari Republikan dan Demokrat.
Kenyataan berbaur penghinaan dari Presiden ke-45 AS itu merujuk kepada beberapa negara iaitu Haiti, El Salvador dan beberapa negara Afrika.
BACA: Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis? - Donald Trump
Topic Berkaitan
#AS
#Donald Trump
#Haiti
#rasis
#Twitter
#Washington
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan