Presiden Venezuela Maduro dan isteri yang ditangkap, bakal dihadap ke Mahkamah New York

Pendakwa AS mendakwa Maduro mengetuai dan menyelaras rangkaian jenayah yang berkaitan dengan penghantaran dadah ke AS. - Gambar fail/AP
ISTANBUL: Presiden Venezuela yang ditangkap, Nicolas Maduro, dan Wanita Pertama Cilia Flores bakal dihadapkan ke mahkamah di New York pada Isnin, selepas pendakwa mengemukakan pertuduhan termasuk narkoterorisme, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan isteri, Cilia Flores, dijadual hadap mahkamah di New York Isnin ini atas pertuduhan narkoterorisme, dengan Maduro disalahkan mengendalikan jenayah pengedaran dadah ke AS.
- Pendakwa Amerika mendakwa Maduro terlibat dalam aktiviti jenayah, namun Maduro menafikan tuduhan tersebut, sementara pegawai di Caracas menuntut pembebasan mereka.
- Tindakan penahanan Maduro menyebabkan Mahkamah Agung Venezuela memerintahkan Naib Presiden Delcy Rodriguez mengambil alih sebagai pemangku presiden serta-merta.
Pada Sabtu, Presiden AS Donald Trump berkata operasi ketenteraan AS di Venezuela telah membawa kepada penahanan Maduro dan isterinya, serta berikrar untuk mengenakan kawalan Amerika ke atas negara itu buat sementara waktu, termasuk dengan penempatan tentera AS jika perlu.
Susulan penahanan Maduro, Mahkamah Agung Venezuela mengarahkan Naib Presiden Delcy Rodriguez untuk mengambil alih jawatan sebagai pemangku presiden dengan serta-merta.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


