Bekas profesor kolej yang tersenarai dalam sepuluh dikehendaki FBI akan dihadap ke mahkamah di California, bagi menghadapi pertuduhan salah laku seks terhadap kanak-kanak.

Walter Lee William berusia 64 tahun berjaya ditangkap pihak berkuasa di sebuah pusat resort di Playa Del Carmen.

Williams didedahkan kepada media di pejabat kastam sebelum dibawa pihak berkuasa Amerika syarikat ke Los Angeles.

Selain salah laku seks terhadap kanak-kanak, wIlliams turut menghadapi pertuduhan melancong ke luar negara dengan tujuan terlibat dalam perlakuan seks dengan kanak-kanak.

Beliau diletakkan dalam senarai pelarian paling dikehendaki di Amerika Syarikat pada isnin.

Maklumat mengenai beliau disalurkan oleh seorang penduduk Mexico kepada kedutaan Amerika Syarikat yang membawa kepada penahanan suspek.

Pemberi maklumat berkenaan bakal menerima wang ganjaran berjumlah $100,000.

Setakat ini, pihak berkuasa mengenal pasti 10 mangsa dan tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai kanak-kanak menjadi mangsa Williams.

Siasatan terhadap Williams dibuat sejak 2011 dan Williams keluar negara pada Februari 2011.