MAKKAH: Ahli keluarga jemaah haji khususnya warga emas dan tiada peneman di Tanah Suci boleh menarik nafas lega apabila Tabung Haji (TH) mewujudkan program Prihatin Tetamu Ar Rahman (Peneman) bagi membantu mereka ketika waktu kemuncak haji di Arafah, Mina dan Muzdalifah.
Pengurus Kaunseling bagi musim haji 1444 Hijrah, Mohamad Hanif Napi berkata menerusi program itu, jemaah haji yang terpilih antaranya akan diberikan bantuan iringan termasuk ke tandas selain melaksanakan ibadat.
"Antara kategori yang kita tetapkan untuk pemilihan dalam program Peneman ini ialah jemaah haji berumur 70 tahun ke atas, mereka yang tiada pengiring dan dari aspek kesihatan pula, mereka bukan sakit terlantar atau kronik," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata pihaknya akan melakukan saringan terhadap pencalonan yang dibuat pengurusan maktab penginapan jemaah haji, sebelum sesi temu duga dijalankan oleh panel bagi memilih peserta program berkenaan.
Menurutnya panel pemilihan yang terdiri daripada pakar perubatan, Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (Pihtas) dan kaunselor dijangka memilih peserta program berkenaan pada 19 Jun ini.
Dalam pada itu, Mohamad Hanif berkata pihaknya turut melaksanakan Lawatan Silaturrahim iaitu kunjungan dari bilik ke bilik sebagai inisiatif menguruskan kesihatan mental jemaah haji yang antaranya berdepan masalah dengan rakan sebilik, selain masalah melibatkan hubungan suami isteri.
Beliau berkata pihaknya juga memperkenalkan sudut ekspresi diri dengan menyediakan kertas melukis dan mewarna serta bola stres sebagai terapi kepada jemaah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023

Menerusi program itu, jemaah haji yang terpilih antaranya akan diberikan bantuan iringan termasuk ke tandas selain melaksanakan ibadat. - Gambar fail/Bernama

Wanita parah dihempap pokok ketika mandi air terjun
Seorang wanita cedera parah manakala dua lagi rakannya mengalami cedera ringan selepas dihempap pokok ketika mandi di Air Terjun Batu Bertenggek pada Khamis.

JBPM rancang tempatkan helikopter di Sabah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam perancangan untuk proses perolehan helikopter untuk ditempatkan di Sabah.
AWANI Ringkas: Caj transaksi 1 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.
Pembelian BPI RM160 setiap 50 kg bantu kawal harga nasi
Kebenaran pembelian Beras Putih Import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram bertujuan membantu mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan.

PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Tun Taib hadir sambutan Maulidur Rasul Sarawak
Kali terakhir Taib menghadiri majlis rasmi adalah empat bulan lalu iaitu pada 21 Mei 2023 di Tebingan Sungai Kuching untuk Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan

Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Bilangan rakyat Indonesia dapatkan bantuan isu kesihatan mental meningkat
-Ramai yang berminat tetapi mereka malu, enggan, takut untuk dihakimi sekiranya mereka pergi berjumpa pakar psikologi."

Kesihatan mental: Buang stigma, pertingkat literasi dalam kalangan masyarakat - Pakar
Literasi kesihatan mental dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkat dalam usaha untuk memahami tanda-tanda awal.

RMK12: 1,200 klinik daif dinaik taraf, Institut Kesihatan Mental ditubuh - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Kesihatan mental: Talian HEAL 15555 terima 24,346 panggilan hingga Ogos - KP Kesihatan
Sejumlah 15,907 (65 peratus) klien menerima bantuan sokongan dan emosi, manakala 8,479 (35 peratus) klien diberikan intervensi khusus.

Kontinjen Sukan Asia dinasihat kurangkan penggunaan media sosial, jaga kesihatan mental
Katanya, menjelang dua minggu terakhir sebelum temasya berkenaan membuka tirai, para atlet harus fokus sepenuhnya dalam latihan.

Lirik lagu BTS jadi talian hayat bagi advokasi kesihatan mental
Banyak lagu BTS menyentuh tema kesihatan mental dan muzik mereka sering bergema dalam kalangan pendengar yang mencari ketenangan.

Program Kompetensi KKP NIOSH-Mitra diperluas kepada golongan M40
Program Kompetensi KKP anjuran bersama NIOSH dan Mitra kini diperluas bagi merangkumi belia India daripada golongan M40.

Nak elak nyanyuk, sertai kumpulan marhaban! Ini 5 manfaat lain yang perlu kita tahu
Public Health Malaysia menyenaraikan beberapa manfaat yang diperolehi menerusi pembabitan kumpulan marhaban.

Perumahan berdaya huni atasi tekanan mental anak-anak PPR
Masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR) dilihat bertambah serius.

Mangsa buli berpotensi alami PTSD - Pakar
Gangguan itu berlaku apabila mangsa mengalami masalah mental berikutan diperlakukan dengan buruk oleh pembuli.