awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Jenayah Siber dijangka dibentangkan Mac ini - Ahmad Zahid
Lagi pegawai kanan tentera ditahan, disyaki terlibat rasuah
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek perumahan di kepulauan Karimunjawa bakal jejas kehidupan penduduk setempat?

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2022
02:16 MYT
Projek perumahan di kepulauan Karimunjawa bakal jejas kehidupan penduduk setempat?
Pulau Karimunjawa yang terletak 90 km di Jawa Tengah, Indonesia memiliki kawasan persisir pantai yang menakjubkan. - Foto Facebook/Indonesia.Travel
PERNAHKAH anda mengimpikan untuk memiliki sebuah kediaman di sebuah kepulauan yang tenang?
Kini impian anda itu boleh menjadi realiti dengan harga yang mampu milik!
The Startup Island menawarkan kediaman mampu milik menerusi projek perumahan di Taman Nasional Pulau Karimunjawa, Kabupaten Jepara, Jawa Tengah, Indonesia.
Peluang ini hebat diperkatakann selepas tularnya ciapan seorangan pengguna Twitter @yoyen yang menemui iklan pembelian rumah tersebut.
Namun, apa yang menjadi perdebatan adalah dengan adanya pembangunan tersebut, ia dikhuatiri bakal menjejaskan kehidupan rakyat setempat.
Berdasarkan laman web The Startup Island, projek perumahan yang masih dalam pembinaan itu boleh dibeli dengan hanya 49,500€ atau RM235,996.20 bagi sebuah rumah.
Apa yang menarik perhatian adalah, projek perumahan tersebut turut menjanjikan ekosistem yang eksklusif di mana orang ramai boleh memiliki kehidupan yang diimpikan menjadi kenyataan.
Ia termasuk menjanjikan rumah seluas 35,000 kaki persegi itu dengan suasana aman, damai tanpa pencemaran alam sekitar, kawasan yang strategik dengan hanya 30 minit dari Lapangan Terbang Semarang dan menyediakan perkhidmatan dan servis yang dilengkapi bagi keperluan asas.
Projek perumahan tersebut turut menyediakan perkhidmatan keselamatan dan kesihatan yang mencukupi.
Bagaimanapun, pengguna media sosial itu turut mempersoalkan sekiranya projek perumahan ini berhasil, bagaimana nasib rakyat tempatan? Adakah nasib mereka selepas ini bagai tetamu di kampung sendiri?
Resenya kalo beneran jadi ntar, warga lokal akan jadi tamu di kampungnya sendiri atau malah terpaksa pindah karena harga tanah & bangunan jadi menjulang. OMG.
— Lorraine Riva (@yoyen) January 14, 2022
Resenya kalo beneran jadi ntar, warga lokal akan jadi tamu di kampungnya sendiri atau malah terpaksa pindah karena harga tanah & bangunan jadi menjulang. OMG.
— Lorraine Riva (@yoyen) January 14, 2022
Difahamkan, ketika ini 170 unit rumah daripada 300 unit sudah terjual. Perdebatan yang turut disuarakan adalah semua warga negara asing (WNA) di Indonesia tidak dibenarkan untuk memiliki kediaman.
Sehingga kini, masih belum ada kenyataan rasmi berhubung perkara ini dari kerajaan Indonesian mahupun pihak syarikat pembangunan projek.
Topic Berkaitan
#projek perumahan
#Pulau Karimunjawa
#Indonesia
#nasib penduduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan