awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses pengiraan undi pilihan raya Myanmar bermula

Agensi
Agensi
09/11/2015
01:51 MYT
Proses pengiraan undi pilihan raya Myanmar bermula
Pemantau proses pilihan raya, Kesatuan Eropah, menyifatkan proses pengundian berjalan lancar. - Foto EPA/LYNN BO BO
Kerajaan baru Myanmar tidak akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat hinggalah kerajaan yang memerintah pada masa kini tamat penggal pentadbirannya pada Mac tahun depan.
Malah, keputusan pilihan raya juga tidak akan diumumkan dalam beberapa minggu ini.
Bagaimanapun, stesen televisyen tempatan memaklumkan parti pimpinan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi dijangka menang majoriti daripada 664 kerusi Parlimen yang dipertandingkan biarpun beliau berkemungkinan dihalang daripada menjadi Presiden.
Keputusan rasmi pertama pilihan raya Myanmar yang berlangsung semalam dijangka bakal dimuktamadkan seawal 9 pagi Isnin waktu tempatan.
Badan Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu memaklumkan, sejumlah 80 peratus warga Myanmar iaitu sekitar 30 juta penduduknya menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
Pemantau Kesatuan Eropah, EU, turut menyifatkan proses pengundian semalam berjalan lancar.
Peratusan keluar mengundi yang tinggi itu disifatkan memberi bayangan terhadap harapan rakyat yang mahu Myanmar kembali ke pangkuan demokrasi.
Pilihan raya kali ini menyaksikan lebih 6,000 calon daripada 90 parti bertanding merebut 664 kerusi parlimen.
25 peratus daripada kerusi berkenaan bagaimanapun dikhususkan kepada wakil junta.
Topic Berkaitan
#Aung San Suu Kyi
#Kesatuan Eropah
#Myanmar
#pilihan raya
#Yangon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan