THE HAGUE: Pendengaran awam mengenai akibat undang-undang yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur didengar oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Isnin.
Prosiding bermula dengan Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki mengemukakan kenyataan, menyifatkan ia sebagai tanggungjawab besar bagi mewakili rakyat dan Palestin dalam prosiding bersejarah.
Riyad menegaskan, tindakan Israel merupakan pembersihan etnik, pembunuhan beramai-ramai serta pelaksanaan dasar aparteid ke atas rakyat Palestin, yang mana ia tidak boleh dibenarkan sama sekali.
"Kami berbuat demikian dengan menjangkakan bahawa hak semua orang akhirnya akan dipenuhi, dan bukan dinafikan lagi. Dengan menentukan undang-undang dan kewajipan semua negara dan organisasi, mahkamah boleh membantu jalan menuju keamanan, dan keadilan serta menghormati undang-undang antarabangsa.
"Sejak beberapa dekad, rakyat Palestin melalui perjuangan yang menyakitkan untuk berdiri di hadapan anda hari ini (mahkamah).
"Kami merayu kepada mahkamah untuk menegakkan hak kami dalam menentukan nasib sendiri, memulangkan semua hak asasi manusia termasuk dengan mengisytiharkan bahawa pendudukan Israel adalah haram dan mesti ditamatkan serta-merta, sepenuhnya dan tanpa syarat," katanya dalam prosiding tersebut yang disiar secara langsung oleh ICJ, pada Isnin.
Dalam prosiding sama, Riyad turut membentangkan lima peta kepada mahkamah termasuk peta wilayah berdaulat Palestin dan Pelan Pembahagian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1947.
Sementara itu peguam yang mewakili Palestin, Paul Reichler menyenaraikan beberapa faktor yang menunjukkan pendudukan Israel adalah menyalahi undang-undang kerana ia bersifat kekal.
Menurut beliau, adalah jelas bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, pendudukan hanya boleh berlaku dalam keadaan sementara.
"Apa yang menjadikan pendudukan Israel menyalahi undang-undang adalah kerana sifatnya yang kekal.
"Saya akan menunjukkan bahawa berdasarkan fakta yang terpakai dan tidak dipertikaikan, pendudukan Israel selama 56 tahun di wilayah Palestin adalah jelas dan sangat menyalahi undang-undang dan undang-undang antarabangsa yang menghendaki bahawa ia akan ditamatkan sepenuhnya dan tanpa syarat," tambahnya.
Sebelum itu, Presiden baharu ICJ, Nawaf Salam menggariskan kes berkenaan, dengan mahkamah dijadual mendengar taklimat daripada 52 negara, selain Kesatuan Afrika, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab.
Sesi berkenaan berlangsung selama enam hari dari 19 hingga 26 Februari.
Ia berdasarkan permintaan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memperoleh nasihat daripada mahkamah mengenai kesan pendudukan Israel yang berterusan selama lebih 57 tahun.
Agensi
Mon Feb 19 2024
Riyad menegaskan, tindakan Israel merupakan pembersihan etnik, pembunuhan beramai-ramai serta pelaksanaan dasar apartheid ke atas rakyat Palestin. - Foto/Reuters/Louiza Vradi
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi, Johor menyebabkan kawasan rendah di daerah itu dinaiki air.
Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
AWANI Ringkas: Banjir kilat di Kota Tinggi, 1 PPS dibuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar umum peruntukan RM250,000 kepada persatuan di Parlimen Tambun
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada persatuan-persatuan di kawasan Parlimen Tambun hari ini.
Prosiding ICJ: Israel laksana pembersihan etnik, dasar aparteid - Menteri Luar Palestin
Riyad menegaskan, tindakan Israel merupakan pembersihan etnik, pembunuhan beramai-ramai serta pelaksanaan dasar apartheid ke atas rakyat Palestin, yang mana ia tidak boleh dibenarkan sama sekali.