Protes di hadapan bangunan Parlimen di Lubnan semakin memuncak lantas memaksa pihak keselamatan itu menggunakan meriam air serta gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan.

Pihak berkuasa bertindak demikian selepas penunjuk perasaan mula bersikap agresif apabila cuba merobohkan halangan logam dan kawad berduri yang diletakkan mengelilingi bangunan kerajaan.

Protes berkenaan menyusul pembentukan Kabinet baharu pada Selasa.

Kerajaan baharu Lubnan kini diketuai Hassan Diab, berusia 60 tahun dan merupakan profesor dari universiti di Beirut.

Hassan mengetuai 20 anggota kabinet yang kebanyakannya mempunyai latar belakang politik.

Gerakan mewujudkan kerajaan baharu itu bermula selepas bekas perdana menteri, Saad Hariri meletak jawatan tiga bulan lalu yang sekali gus mengundang ketidakpuasan hati kumpulan penunjuk perasaan.