awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes Thai: Penyanyi rap, aktivis pro-demokrasi antara yang ditahan atas dakwaan menghasut

Agensi
Agensi
20/08/2020
10:29 MYT
Protes Thai: Penyanyi rap, aktivis pro-demokrasi  antara yang ditahan atas dakwaan menghasut
Aktivis Arnon Nampha ditangkap pada Rabu lalu atas dakwaan menghasut dan melanggar undang-undang perhimpunan awam. - Gambar REUTERS
Polis Thailand menahan seorang penyanyi rap dan beberapa aktivis pro-demokrasi dalam tindakan keras terhadap peningkatan protes yang mendesak Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha meletak jawatan.
Antara yang ditangkap ialah Dechathorn Bamrungmuang, anggota utama Rap Against Dictatorship.
Selain itu, aktivis yang didakwa membuat kenyataan kritikal, Arnon Nampha pula ditangkap pada Rabu dan didakwa menghasut serta melanggar undang-undang perhimpunan awam kerana menyertai demonstrasi bertemakan Harry Potter pada 3 Ogos lalu.
Tiga aktivis politik lain yang ditahan ialah Ketua Dewan Perhimpunan Orang Miskin Baramee, aktivis politik Korakot Saengyenpan dan aktivis buruh Suwanna Tanlek.
Mereka didakwa menghasut dan kesalahan lain yang berkaitan dengan tunjuk perasaan pada bulan Julai.
Keempat-empat yang ditangkap pada Rabu itu dibawa ke Mahkamah Jenayah Bangkok pada Khamis pagi.
Kesemua yang menghadapi tindakan undang-undang itu telah mendesak Chan-ocha dan anggota pentadbirannya mengundurkan diri daripada jawatan masing-masing.
Topic Berkaitan
#aktivis pro-demokrasi
#Arnon Nampha
#Dechathorn Bamrungmuang
#penyanyi rap
#Prayuth Chan-ocha
#protes
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan